Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan ke 22 Sept untuk membuat keputusan terhadap rayuan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo kerana beliau kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan dibuat peguam mewakili bekas menteri besar itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mahkamah menyampaikan keputusan pada tarikh lain.
"Kami sudah bersedia menyampaikan penghakiman dan alasan penuh penghakiman selepas beberapa bulan kami mendengar rayuan itu.
"Memandangkan Dr Khir Toyo tidak dapat hadir, saya fikir kami tidak akan menyampaikan keputusan hari ini dan kami menangguhkannya tiga minggu dari sekarang," kata Hakim Zulkefli.
"Kami berharap perayu akan sembuh dan berdoa semoga beliau kembali sihat," kata beliau.
Terdahulu, Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa Dr Khir Toyo tidak dapat hadir di mahkamah hari ini kerana beliau dimasukkan ke IJN dan dijadual menjalani rawatan angiogram pada 5 petang hari ini.
Beliau berkata Dr Khir Toyo, 50, rebah semasa berjoging semalam, dan saluran jantungnya disyaki tersekat.
Muhammad Shafee juga mengemukakan laporan doktor kepada mahkamah.
Katanya Seksyen 314 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa jika perayu tidak hadir di mahkamah, maka mahkamah tidak harus mengeluarkan apa-apa perintah tetapi perlu menangguhkan prosiding.
Beliau berkata, Dr Khir Toyo perlu hadir di mahkamah sekiranya mahkamah membuat keputusan yang tidak memihak kepadanya kerana proses rayuan masih berjalan.
Beliau berkata ini kerana Dr Khir Toyo mempunyai hak untuk mendengar semasa proses menjatuhi hukuman dan merayu supaya hukuman diringankan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud berkata, mahkamah masih boleh mengumumkan keputusan tanpa kehadiran Dr Khir Toyo sambil merujuk kes bekas anggota Unit Tindakan Khas Sirul Azhar Umar yang tidak hadir apabila Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya.
Sirul Azhar dilaporkan lari ke Australia pada hari keputusan disampaikan.
Terdahulu, Muhammad Shafee turut memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya dijangka berada di wad selama beberapa hari dan keadaannya dipantau oleh doktor bagi tempoh beberapa minggu akan datang.
Hakim Zulkefli kemudian berkata "kebanyakan kami pernah menjadi pesakit di IJN, tetapi itu tidak bermakna kami tidak hadir untuk bekerja, ini adalah pemerhatian saya".
Panel itu dijadual menyampaikan keputusan hari ini terhadap rayuan Dr Khir Toyo terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan karana dikatakan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan satu unit banglo.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir, seorang doktor gigi, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya Zahrah Kechik, 50, dua plot tanah dan satu unit banglo di Seksyen 7, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni.
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.
Dr Khir Toyo dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.
Sementara itu, di luar mahkamah, Muhammad Shafee memberitahu pemberita bahawa Dr Khir Toyo berada dalam keadaan sihat apabila datang ke pejabatnya pada Selasa tetapi beliau (Muhammad Shafee) kemudian diberitahu semalam bahawa anak guamnya rebah selepas berjoging.
Bernama
Thu Aug 27 2015
Dr Khir Toyo dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007. - Gambar Fail
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Peruntukan segera RM80 juta wujud Pusat Jantung Negara di Sabah - PM Anwar
Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.
'You're the best' - Arthur Kurup kenang pemergian bapa
'Terima kasih bapa... Anda terbaik'. Demikian kata Datuk Arthur Joseph susulan pemergian bapanya, mendiang Tan Sri Joseph Kurup.
Cuepacs mahu keistimewaan penjawat awam terima rawatan di IJN, dikekalkan
Cuepacs menggesa kerajaan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diterima penjawat awam khususnya berkaitan penerimaan rawatan di Institut Jantung Negara.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Keadaan Abdul Hadi stabil, akan keluar IJN dalam masa terdekat - Anak
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
17.76 peratus kematian di Perlis akibat penyakit jantung iskemia
Penyakit jantung iskemia turut menyumbang sebanyak 13.7 peratus kematian di Malaysia pada tahun 2021.
IJN diiktiraf 30 hospital pakar terbaik di rantau APAC
Institut Jantung Negara (IJN) menduduki ranking ke-30 dalam senarai Hospital Pakar Terbaik APAC 2023 oleh Newsweek, baru-baru ini.
Hampir lima juta pesakit terima rawatan di IJN sejak ditubuhkan
IJN tiada masalah bagi menampung kapasiti tersebut berikutan mempunyai kakitangan serta kelengkapan fasiliti yang mencukupi.
Penyanyi terkenal Aman Shah meninggal dunia
Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara padan usia 68 tahun.