Waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid yang menghadapi tuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada Rabu.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Hasanah, Datuk Shaharudin Ali dan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.
Sequerah juga memerintahkan Hasanah dan seorang daripada dua penjaminnya, hadir di mahkamah semasa pengurusan kes. Hasanah dan dua penjaminnya hadir di mahkamah hari ini.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Sequerah pada 24 Mei lalu, selepas Hasanah dan dua penjaminnya gagal hadir di mahkamah semasa pengurusan kesnya tanpa memberi sebarang alasan.
Terdahulu, Shaharudin memberitahu mahkamah anak guamnya mengemukakan permohonan maaf kerana gagal hadir semasa pengurusan kes pada 24 Mei lepas.
Beliau berkata ini kerana Hasanah tidak dimaklumkan oleh peguamnya untuk hadir ke mahkamah bagi pengurusan kesnya dan tambahan pula peguamnya lupa memaklumkan kepada beliau, kerana ia hanya pengurusan kes.
"Dengan kedudukan itu, kami dengan ini berhujah bahawa pengurusan kes bukanlah satu perbicaraan, dan tiada asas undang-undang untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh dalam pengurusan kes.
"Tambahan pula, tidak ada keperluan mendesak untuk mengeluarkan waran tangkap apabila tertuduh telah mengemukakan jaminan RM500,000 secara sah," katanya.
Muhamad Iskandar dalam hujah balasnya berkata berdasarkan Seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah, kehadiran tertuduh dalam pengurusan kes termaktub dalam undang-undang.
Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan ditetapkan 3 Feb tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2019
Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta. - Gambar fail/BERNAMA
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim
Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata bagaimanapun beliau mengambil maklum aduan yang dibuat oleh pihak pembelaan.
Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib
Hakim yang mengadili kes rasuah dana 1MDB dan pengubahan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada orang ramai di galeri awam supaya tidak ketawa terbahak-bahak semasa prosiding.
Hakim kes 1MDB babit Najib, mengaku rakan kongsi Jasmine Loo
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman yang sama dengan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo.
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
Pendakwaan tarik balik surat gesaan utamakan perbicaraan kes Zahid
Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa perkara itu sudah selesai dengan keputusannya untuk menarik balik surat berkenaan.
Mahkamah arah tiga beradik diserah kepada ibu
Anak-anak Siew Hong kini berada bawah jagaan JKM sementara menunggu keputusan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah arah Zahid bela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah
Mahkamah Tinggi KL perintah Ahmad Zahid membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zahid hadir di Mahkamah Tinggi pagi ini
Beliau yang dilihat turun dari kenderaan pelbagai guna (MPV) putih Toyota Vellfire itu sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki Mahkamah Tinggi tadi.
Penyokong Zahid mula penuhi Mahkamah Tinggi KL
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah akan membuat keputusan sekitar jam 9.30 pagi ini.
Kes Najib babitkan dana 1MDB ditangguh, perbicaraan secara hibrid tidak dibenarkan
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara hibrid.