Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman malu difailkan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan kos RM70,000.
Peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Aziz dan syarikat akhbar itu ketika dihubungi Bernama memberitahu Hakim Datuk Seri Zakasria Sam memutuskan bahawa artikel dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia berhubung ucapan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berhubung serangan komunis di Bukit Kepong, Muar dan pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos 2011, tidak berunsur fitnah.
Katanya, selain itu mahkamah turut memutuskan bahawa pembelaan yang dibuat defendan iaitu justifikasi komen berpatutan dan perlindungan bersyarat adalah terpakai.
Beliau berkata, mahkamah turut mendapati Mat Sabu telah membuat ucapan kontroversi yang membuka ruang untuk dirinya mendapat kecaman.
Oleh itu, mahkamah memerintahkan Mat Sabu yang kini merupakan presiden Parti Amanah Negara (AAmanah) selaku plaintif membayar kos sebanyak RM70,000 kepada kedua-dua defendan, katanya.
Pada 21 Dis 2011, Mat Sabu memfailkan saman itu dan mendakwa bahawa kedua-dua defendan dengan berniat jahat menerbitkan artikel berhubung ucapannya berkaitan serangan komunis di Balai Polis Bukit kepong, Muar pada 27 Ogos 2011 dan dua lagi artikel hari berikutnya, yang dikatakannya mengandungi elemen fitnah.
Ketiga-tiga artikel itu dikeluarkan selepas Mat Sabu menyampaikan ceramah di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Manora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.
Mat Sabu mendakwa penerbitan artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong komunis, telah menyimpang daripada ajaran Islam dan hilang keyakinan dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai seorang pengganas komunis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2017
Mahkamah turut mendapati Mat Sabu telah membuat ucapan kontroversi yang membuka ruang untuk dirinya mendapat kecaman. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
#PeristiwaHariIni: Balai Polis Bukit Kepong musnah diserang komunis (1950)
25 nyawa gugur mempertahankan Balai Polis tersebut selepas 5 jam bertempur dengan 180 anggota gerila Parti Komunis Malaya (PKM).
Dr Mahathir bertemu MB Johor
Pertemuan ini merupakan yang pertama selepas Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 14 April yang lalu.
Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.
Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin
Petang Rabu yang mendung menjadi petang terakhir buat Puan Sri Halijah Abdullah menghidangkan juadah minum petang buat suaminya Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"
Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Isu Bukit Kepong: 31 Mac keputusan rayuan pembebasan Mat Sabu
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 31 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Mohamad Sabu dalam isu komunis Bukit Kepong.
5 filem patriotik adaptasi kisah benar wajib tonton Hari Kebangsaan ini
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59, Astro Gempak menyenaraikan lima filem patriotik wajib tonton!
'Baikpulih filem lama patut dibuat sejak 10 tahun dulu' - Kamil Othman
Usaha membaikpulih filem lama seperti yang dibuat ke atas filem Bukit Kepong oleh United Studios sepatutnya dibuat dari 10 tahun dahulu.
Negatif filem Bukit Kepong melekat antara cabaran baikpulih ke versi HD
Negatif filem Bukit Kepong ketika diterima oleh syarikat Prodigital Lab diakui berada dalam keadaan melekat dan tidak boleh diimbas.