Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak membenarkan aktiviti menziarahi ke tanah perkuburan ketika Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata berikutan amalan ziarah ke pusara itu hukumnya sunat, maka masyarakat Islam disaran untuk menunda niat melakukan kelaziman itu.
Beliau berkata jika berlaku kematian, bacaan talkin di tanah perkuburan semasa majlis pengebumian juga dilarang sepanjang tempoh PKPB sebagai usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.
"Dalam konteks di Pulau Pinang, kebenaran untuk melakukan beberapa aktiviti lain yang dicadangkan masih dalam proses keluarkan garis panduan yang akan diumumkan dalam masa sehari dua ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zakiyuddin yang juga Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyampaikan replika kunci rumah kepada lima keluarga asnaf selaku penerima bantuan rumah ZPP bernilai RM57,515.86 bagi setiap keluarga.
Beliau berkata ZPP menyasarkan untuk membina 40 unit rumah bantuan asnaf setahun dalam usaha menyelesaikan masalah miskin tegar di negeri itu dengan menyediakan kediaman baharu untuk golongan yang kurang berkemampuan.
"Setiap rumah bantuan ZPP ini berkeluasan 800 kaki persegi (40' x 20') dengan setiap daripadanya dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air, dan jumlah keseluruhan bagi kelima-lima rumah ini berjumlah RM287,579.30.
Sementara itu, penerima bantuan rumah ZPP, Shawai Dahaman, 61, bersyukur kerana sambutan Syawal beliau sekeluarga kali ini berbeza kerana mendapat rumah baharu.
"Sebelum ini saya sekeluarga, empat beranak termasuk seorang cucu, tinggal di Permatang Janggus sejak 1959. Rumah yang saya diami ketika itu agak daif, banyak bocor," kata pesara kerajaan itu.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 18 2020
Bacaan talkin di tanah perkuburan semasa majlis pengebumian juga dilarang sepanjang tempoh PKPB. Gambar hiasan/ Bernama
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya