Pekerja-pekerja warganegara China bagi projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah kembali ke kampung halaman dinasihatkan oleh majikan mereka (ECRL) untuk menangguhkan perjalanan kembali ke Malaysia berikutan wabak 2019 novel koronavirus di beberapa wilayah di China.
Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan pada Khamis berkata pekerja-pekerja warganegara China itu diberi 'leave of absence' oleh majikan mereka (ECRL) sehingga wabak koronavirus di negara China berjaya dibendung.
Dalam kenyataan berkenaan, kementerian menasihatkan majikan untuk terus membayar gaji pekerja-pekerja yang terjejas sepanjang tempoh pelepasan daripada melakukan sebarang aktiviti pekerjaan yang diberikan kepada pekerja itu.
"Ini adalah sejajar dengan pendirian kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin dalam keadaan persekitaran yang berisiko, sebagai contoh, masalah jerebu yang mendedahkan ramai orang awam kepada risiko penyakit beberapa bulan kebelakangan ini," menurut kenyataan itu.
LAPOR LANGSUNG: Hati-hati dengan wabak koronavirus!
VIDEO: Usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang mengkaji untuk memasukkan peruntukan baharu terhadap undang-undang pekerjaan semasa, melalui pindaan ke atas Akta Kerja 1955 bagi memastikan hak pekerja untuk berkerja dalam keadaan persekitaran sihat dan selamat adalah terjamin.
"Ini memandangkan ketiadaan peruntukan tertentu berkenaan dengan pemberian cuti berbayar atau pun pelepasan daripada menjalankan sebarang aktiviti pekerjaan dalam situasi persekitaran yang berisiko penyakit.
"Bagi rakyat Malaysia terutamanya pekerja yang telah kembali daripada China, pihak JTK menasihatkan mana-mana majikan yang menggaji pekerja itu wajib mematuhi sebarang keputusan undang-undang yang dikenakan oleh kerajaan bagi membendung mana-mana pekerja yang disyaki terbabit dalam situasi wabak (koronavirus) di China," jelas kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020
Majikan yang menggaji pekerja warga China wajib mematuhi sebarang keputusan undang-undang yang dikenakan oleh kerajaan bagi membendung mana-mana pekerja yang disyaki terbabit dalam situasi wabak koronavirus. - Gambar hiasan
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.