Majlis Agropreneur Muda ditubuh tahun depan

Majlis Agropreneur Muda ditubuh tahun depan
Salahuddin (kanan) muncul sebagai tetamu program Agenda AWANI bersama hos, Nazri Kahar. - Astro AWANI
SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bakal melancarkan Majlis Agropreneur Muda bagi menggalakkan pembabitan golongan itu dalam bidang pertanian menjelang tahun depan.

Menterinya, Datuk Sallahuddin Ayub berkata pihaknya kini sedang menyiapkan prosedur penubuhan majlis tersebut bagi memastikan golongan muda terlibat dalam proses pembuatan dasar bidang pertanian negara.
“70 peratus golongan agropreneur muda ini mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Ada yang mempunyai sarjana, falsafah kedoktoran, malah ada yang belajar di luar negara”, ujarnya ketika ditemu bual dalam rakaman program Agenda AWANI pada Isnin malam sempena berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

Tambahnya, selain daripada penggunaan teknologi luar seperti kepintaran buatan, beliau optimis golongan muda di negara ini bakal meraih potensi yang cukup besar dalam bidang pertanian.

“Walaupun dengan peruntukan bajet yang agak kurang, saya yakin dengan pengurusan yang baik. Kita elak ketirisan dan kita beri ke kelompok sasaran. Saya nampak potensi ini memang milik anak muda pada masa akan datang”, ujarnya.

MAHA 2018 berlangsung sehingga 2 Disember ini.


Tag: Salahuddin Ayub, maha, serdang, maeps, pertanian, golongan muda, majlis agropreneur muda


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.