Majlis Perunding Pertanian Negara akan ditubuhkan bagi menjana idea ke arah memperkasa dan meningkatkan produktiviti industri asas tani seiring keperluan semasa, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.
Beliau berkata majlis itu akan dipengerusikan oleh seorang tokoh ternama sektor pertanian selain akan turut melibatkan beberapa nama besar lain yang berupaya memberi nilai tambah.
"Selain meningkatkan produktiviti asas tani, majlis ini juga berperanan menjana cadangan ke arah menambah baik fungsi dan perkhidmatan kementerian secara keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas memasuki pejabat bagi memulakan tugas rasmi sebagai menteri di sini hari ini.
Beliau berkata penubuhan majlis itu disasarkan selesai dalam tempoh sebulan, dengan kertas cadangan mengenai penubuhannya akan dikemukakan ke Kabinet minggu depan.
Dalam pada itu, Salahuddin mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Ismail Bakar menyediakan laporan lengkap berhubung projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) untuk penilaian semula dari aspek kejayaan dalam meningkatkan pengeluaran daging lembu negara.
"Projek ini baik dari segi matlamat tetapi ada kelemahan yang perlu dilihat semula dari segi dasar dan pelaksanaan dan jika perlu akan dibawa kepada perhatian Perdana Menteri bagi diberi nafas baharu," katanya.
Berkenaan pelantikan pengerusi agensi di bawah kementerian yang kebiasaanya terdiri daripada 'orang politik', Salahuddin berkata beliau lebih menekankan pemilihan daripada kalangan tokoh profesional dalam bidang pertanian.
Katanya ia selari dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berjanji untuk memastikan setiap agensi kerajaan bebas daripada pengaruh politik terutama dalam lantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 23 2018
Salahuddin mengetik kad perakam waktu ketika memasuki pejabat pada hari pertama di kementerian itu hari ini. --fotoBERNAMA
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
[TERKINI] SPRM percaya pegawai polis ditahan tidak bergerak solo
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara mungkin tidak menjalankan aktiviti secara solo.
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
MRT Corp dilantik sebagai pemaju, pemilik Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, nilai kontrak dan butiran terperinci tertakluk kepada proses rundingan antara MRT Corp dan SRS yang perlu dimuktamadkan dalam tempoh masa 6 bulan
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
Majlis Perunding Pertanian Negara ditubuh
Beliau berkata majlis itu akan dipengerusikan oleh seorang tokoh ternama sektor pertanian selain akan turut melibatkan beberapa nama besar lain yang berupaya memberi nilai tambah.
Tembikai dari Ubai tembusi pasaran Dubai
Program itu diharap dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Swasta digalak buka makmal proses madu kelulut - Ahmad Shabery
Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan.
Semua pasar raya perlu patuhi peraturan GPL - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui semua pemilik pasar raya di seluruh negara untuk meminta mereka memastikan pasar raya masing-masing mematuhi peraturan GPL.