Majoriti tenaga buruh di negara ini sama ada tidak layak atau mahir untuk menyumbang kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Justeru, katanya, adalah penting untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat oleh kerana pembelajaran, sama ada formal atau tidak formal, akan membawa kepada peningkatan kemahiran yang pada masa sama dapat meningkatkan produktiviti negara.
"Kita mesti terus memanfaatkan sepenuhnya potensi bakat sedia ada jika kita mahu menjadi lebih berdaya tahan.
"Saya sesungguhnya ingin menegaskan betapa pentingnya melabur dalam pendidikan dan kemahiran semula; kemahiran yang lebih tinggi; dan kemahiran bakat tempatan disebabkan faktor-faktor ini penting untuk mempertingkatkan mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya," katanya pada konvokesyen program Latihan Penilaian Pengiktirafan Pembelajaran Melalui Pengalaman (RPEL) di sini pada Jumaat.
Sejumlah 276 graduan dari Sarawak memperoleh pengiktirafan melalui program RPEL dan 132 daripadanya menerima diploma mereka daripada Riot pada majlis itu.
Para graduan ini merupakan peserta daripada Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
Riot kemudiannya memberitahu pemberita, inisiatif RPEL yang memberikan pengiktirafan formal dan pensijilan kemahiran teknikal dan pengurusan, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh daripada pekerjaan, kehidupan atau kajian terdahulu dilihat sebagai batu loncatan ke arah mobiliti yang lebih baik dan kebolehpasaran pekerjaan di kalangan pekerja tempatan.
Beliau berkata graduan diberi diploma di bawah Kemahiran Malaysia yang akan membuka kepada mereka peluang yang mungkin tidak tersedia sebelum ini, termasuk pilihan untuk melanjutkan pengajian dan akses kepada prospek kerja yang lebih baik serta gaji yang lebih tinggi.
"Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan bilangan pekerja mahir daripada kumpulan berpendapatan Bawah 40 peratus (B40) dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi dengan mengurangkan kadar pengangguran negara yang kini 3.3 peratus," katanya sambil menambah bahawa program itu akan diteruskan dengan bilangan pengambilan yang tidak terhad tetapi dengan pemilihan calon yang teliti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
RICHARD: Kita mesti terus memanfaatkan sepenuhnya potensi bakat sedia ada jika kita mahu menjadi lebih berdaya tahan.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Kerjasama global dituntut sempena Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia
Kanak-kanak telah dijadikan sebagai buruh paksa sejak sekian lama dan nasib mereka terus diberi perhatian hasil pengorbanan aktivis-aktivis serata dunia.
Bilangan penganggur berkurangan pada April 2023 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada April tahun ini catat kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.
Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.
Pekerja asing: Data lengkap mudahkan proses pendaftaran, pengesanan
Kuota masih diperlukan bagi menyeimbangkan penggunaan pekerja asing dengan tenaga kerja tempatan.
Harga sawit tinggi punca pekerja tinggalkan sektor pembinaan - Fadillah
Peningkatan harga minyak sawit di dalam sektor perladangan telah menarik pekerja dari sektor lain, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Masih ramai majikan tidak endah kebajikan pekerja asing
Masih ramai majikan yang tidak cakna dengan kebajikan pekerja asing mereka terutama dari segi keselamatan dan kesihatan.
Krisis Rusia-Ukraine: Sektor pembuatan dijangka berdepan kesukaran dalam masa terdekat
Public Investment Bank mengambil pendekatan berhati-hati dalam unjuran sektor pembuatan akibat isu rantaian bekalan yang tidak diselesaikan.
Buruh mengaku cabul kanak-kanak
Buruh kampung itu didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun 10 bulan di belakang sebuah rumah Sabtu lepas.