Gara-gara menghamburkan kata-kata kesat dan menghalang tugas anggota polis, seorang penggali kubur dipenjara sehari dan didenda RM2,060 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh, Zamin Zakaria, 40 tahun, dijatuhkan hukuman itu sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh dan Teoh Shu Yee.
Mengikut pertuduhan pertama di hadapan Mohd Firdaus, Zamin didapati menghalang tugas anggota polis trafik, Koperal Ishak Deros yang sedang menjalankan tugas mengeluarkan saman terhadap tertuduh.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh juga turut didapati menghina Koperal Ishak dengan menggunakan perkataan-perkataan kurang sopan yang boleh memecahkan keamanan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan sekitar pukul 3 petang di hadapan Pejabat Pos di Jalan Laksamana pada 16 Nov lalu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin dan Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap Zamin.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai penggali kubur dan telah meminta maaf secara peribadi kepada anggota polis berkenaan.
Mohd Firdaus kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama.
Bagi pertuduhan kedua pula, Shu Yee memerintahkan Zamin membayar denda RM60 atau sebulan penjara jika gagal bayar.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Feb 19 2019
Zamin didapati menghalang tugas anggota polis trafik, Koperal Ishak Deros yang sedang menjalankan tugas mengeluarkan saman terhadap tertuduh. - BERNAMA/Fail
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
"Saya tidak boleh tidur lihat banyak mayat kanak-kanak" - Penggali kubur di Gaza
Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.
Penggali kubur jelajah 14 negeri naik basikal
Mereka menyasarkan untuk menghabiskan kayuhan dalam tempoh dua bulan dan memilih untuk bermalam di masjid, surau atau memasang khemah.
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: Berbakti di dunia demi agama, bangsa dan negara
Dalam banyak-banyak pengurusan jenazah, uruskan jenazah pesakit COVID-19 begitu meruntun jiwa. Apa kisah Abang Chik dan Epit ketika PKP ini?
'Hadiah' terakhir buat jenazah COVID-19 daripada penggali kubur
Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi 'hadiah' terakhir daripada kami buat jenazah pesakit COVID-19.
Kisah penggali kubur: 'Kasihan, jenazah pesakit COVID-19 tidak boleh ditatap, dicium...'
Cerita mereka mungkin tak ramai yang tahu namun apa yang pasti, mereka hampir setiap hari bergelumang dengan virus maut itu.
Penggali kubur cacat penglihatan uruskan 'rumah terakhir' jenazah pesakit COVID-19
"Selalunya saya berusaha menenangkan ahli keluarga yang hanya dibenar melihat urusan pengebumian dari jauh".
Keluh kesah penggali kubur India saat krisis COVID-19
Beban kerja penggali kubur semakin bertambah selepas kematian akibat wabak mendadak sejak kebelakangan ini .
Penggali kubur temui ajal ketika menggali
Seorang penggali kubur di New York, Amerika Syarikat maut apabila tertimbus ketika sedang menggali kubur di Washington Memorial Park pada jam 8.30 pagi Khamis.
COVID-19: Kes kematian di India lepasi angka 100,000
Jumlah korban di negara tersebut merangkumi hampir 10 peratus daripada jumlah kematian global.
Maki polis, penggali kubur dipenjara
Gara-gara menghamburkan kata-kata kesat dan menghalang tugas anggota polis, seorang penggali kubur dipenjara sehari dan didenda RM2,060 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.