SELEPAS tular gambar gadis yang dikaitkan menjalin hubungan dengannya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mula 'membuka mulut' bagi memberitahu hal sebenar.

Memberitahu kepada Sinar Harian, Saddiq berkata, 'gadis itu bukan teman wanitanya'.

"Itu berita palsu, hahahaha....Saya tiada apa-apa pun (hubungan), gadis itu mengambil gambar dengan saya kira-kira setahun lalu," katanya ringkas.

Beberapa hari lalu tular gambar gadis yang dikaitkan dengan beliau selepas memperlihatkan Saddiq bergambar bersama mesra dengan seorang gadis.