Malaysia ada pasukan risikan tangani pergerakan pengganas - Tun M

Malaysia ada pasukan risikan tangani pergerakan pengganas - Tun M
DR MAHATHIR: Malaysia bernasib baik kerana pasukan risikan kita baik. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia mempunyai pasukan risikan yang baik dalam mengesan dan menangani pergerakan suspek kumpulan pengganas di negara ini, ujar perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, ada antara individu berkenaan yang sudah ditahan melalui risikan itu.

“Malaysia bernasib baik kerana pasukan risikan kita baik. Kita tahu siapa mereka (pengganas), kita tahu pergerakan mereka dan kita telah menahan sebahagiannya dan kita cuba untuk educate mereka.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan kad keahlian Bersatu kepada lapan bekas pemimpin UMNO Sabah di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Jumaat.

Malah beliau juga telah menyatakan pendirian kepada England bahawa keganasan perlu ditangani dengan cara berusaha mencari sebenar punca masalah tersebut.

“Keganasan tiada sempadan. Kita tidak tahu bila mereka lakukan serangan. Saya sebenarnya telah menulis surat kepada England mengatakan bahawa kamu tidak boleh memerangi keganasan seperti perang konvensional. Kamu tidak tahu di mana mereka akan serang.

“Cara terbaik ialah memahami kenapa mereka mengganas dan cuba untuk mengatasi punca berkenaan,” tambahnya.

Ujar beliau, tiada jaminan bahawa keganasan tidak akan berlaku di sesuatu tempat tertentu.


Tag: Mahathir Mohamad, pasukan risikan, pengganas, pergerakan suspek, kumpulan pengganas, memerangi keganasan, perang konvensional


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.