MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) kini menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tiket-tiket kelas perniagaan dan ekonomi ke lebih 60 destinasi bersempena promosi Jualan Pertengahan Tahun.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, tawaran bermula semalam sehingga 27 Jun ini, membabitkan tempoh perjalanan antara 23 Jun 2018 sehingga 31 Mei, 2019 untuk perjalanan domestik manakala bagi penerbangan luar negara pada 26 Jun 2018 sehingga 31 Mei 2019.

“Lebih sejuta tempat duduk ditawarkan untuk ke destinasi pilihan anda termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Tokyo, Shanghai, Seoul, Auckland, Hong Kong, Jakarta, Bangkok, Singapura, Kota Kinabalu, Alor Setar dan Pulau Pinang.

“Turut ditawarkan dalam promosi itu adalah penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shanghai, Taipei, Tokyo dan Perth,” kata MAB.

Pembelian bagi Jualan Pertengahan Tahun MAB itu boleh dibuat menerusi laman sesawang www.malaysiaairlines.com.