Malaysia Airlines menyediakan kesalinghubungan penting kepada pasukan pakar perubatan yang dipilih oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional China untuk berkongsi kepakaran mereka dalam memerangi COVID-19 yang melanda negara ini.
Pakar perubatan dari wilayah Guangdong, China itu tiba di Malaysia pada 19 April untuk menghulurkan bantuan yang sangat diperlukan oleh negara ini dengan memberi penilaian kepada perkhidmatan hospital tempatan dan berkongsi nasihat mengenai kaedah terbaik menangani pandemik itu.
Kumpulan seramai lapan orang yang diketuai Li Jun mempunyai kemahiran dan pengkhususan tinggi dalam pernafasan, rawatan intensif, psikiatri, penyakit berjangkit, analisis data, virologi dan perubatan tradisional Cina.
Pasukan berkenaan diterbangkan ke Kuching menerusi penerbangan MH2536 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.05 petang Ahad.
"Kumpulan pakar ini dijangka berada di negara ini kira-kira dua minggu dan Malaysia Airlines gembira menjalankan peranannya untuk memastikan Malaysia mendapat banyak manfaat daripada bantuan yang dihulurkan kerajaan China.
"Perkhidmatan tambahan yang kami sediakan hari ini adalah untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Dalam keadaan krisis ini khususnya, kami perlu memberi keutamaan dengan melakukan yang terbaik untuk menangani pengurusan pandemik di negara ini.
"Sebagai syarikat penerbangan nasional, kami memikul tanggung jawab tambahan walaupun di luar daripada panggilan bertugas kami," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Izham Ismail dalam kenyataan pada Ahad.
Sejak penularan COVID-19, syarikat penerbangan di bawah MAG iaitu Malaysia Airlines, MABkargo, MASwings dan Firefly dengan sokongan Kementerian Kesihatan (MoH) terlibat dalam pergerakan barangan keperluan kesihatan serta menerbangkan kakitangan perubatan menerusi rangkaian domestik dan antarabangsanya, termasuk ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Syarikat penerbangan itu turut menempatkan pesawat siap sedia di Lapangan Terbang Subang, KLIA, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk mempercepatkan pergerakan ahli profesional dan kakitangan perubatan serta pesakit-pesakit lain (bukan pesakit COVID-19) untuk menyokong usaha keupayaan/pengurusan sumber MoH di seluruh Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 26 2020
Pasukan berkenaan diterbangkan ke Kuching menerusi penerbangan MH2536 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.05 petang Ahad. - Foto AFP
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.
9,800 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, 6,000 dalam proses - Lukanisman
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyerap 12,000 doktor kontrak ke jawatan tetap sehingga 2025.