Malaysia terus berada di landasan yang tepat untuk muncul sebagai ekonomi digital sepenuhnya susulan komitmen mengupayakan Industri 4.0 (IR4.0) seperti diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019.
Naib Presiden Gartner Research, Tervinderjit Singh berkata kerajaan pimpinan Pakatan Harapan telah mencatatkan kemajuan yang baik dalam menyediakan negara, yang akan menyumbang kepada penerimagunaan teknologi secara lebih luas seperti Objek Rangkaian Internet (IoT), pendigitalan dan automasi.
Beliau berkata, peruntukan RM210 juta untuk membantu peralihan perniagaan kepada IR4.0 menerusi Program Penilaian Kesediaan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk mempelbagaikan kemahiran tenaga kerja.
"Berdasarkan Agenda Ketua Pegawai Maklumat (CIO) 2018 Gartner, para CIO menyenaraikan kekurangan bakat dan kemahiran sebagai antara kekangan utama ke arah transformasi digital dalam organisasi. Kami yakin usaha ini adalah langkah tepat untuk menangani masalah itu," katanya dalam kenyataan.
Tervinderjit juga berkata bantuan kewangan sebanyak RM2 bilion untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akhirnya akan membuka pasaran baharu bagi industri itu.
"Ini akan terus disokong oleh keputusan kerajaan untuk melabur RM3 bilion dalam Dana Transformasi Pendigitalan Industri bagi memacu pelaksanaan teknologi pintar termasuk automasi dan kecerdasan buatan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Negara NetApp bagi Malaysia dan Brunei, Azrin Abd Shukor yakin tumpuan kerajaan kepada pengukuhan infrastruktur melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara serta pengagihan spektrum jalur lebar yang lebih berkesan akan memastikan setiap perniagaan, organisasi kerajaan dan paling penting rakyat, boleh memanfaatkan nilai sebenar data mereka secara pantas, berkesan dan selamat.
"Kami mengalu-alukan usaha kerajaan memperkenalkan Industry4WRD. Peralihan Malaysia ke arah IR4.0 tidak akan berjaya jika hanya melibatkan NetApp, peserta utama teknologi atau kerajaan semata-mata.
"Justeru itu, kami memuji usaha kerajaan memperkasa PKS untuk menerima revolusi digital melalui peluang pembiayaan bagi mereka melabur dalam automasi dan teknologi baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Tumpuan kerajaan kepada pengukuhan infrastruktur melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara akan memastikan setiap perniagaan, organisasi kerajaan dan rakyat, boleh memanfaatkan nilai sebenar data mereka. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Malaysia di landasan tepat menjadi ekonomi digital sepenuhnya
Kerajaan pimpinan PH mencatatkan kemajuan yang baik dalam menyediakan negara, yang akan menyumbang kepada penerimagunaan teknologi secara lebih luas seperti IoT, pendigitalan dan automasi.