Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak sekutunya di Filipina bersetuju untuk mewujudkan forward base atau pangkalan hadapan di kawasan sempadan kedua-dua negara untuk membanteras jenayah rentas sempadan di sana.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau sudah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Filipina mengenai perkara tersebut.

"Kami bersetuju bahawa kawasan ini perlu diberi tumpuan.

"Oleh itu, diharap dengan kewujudan forward base ini, kerjasama antara kedua-dua negara dalam hal-hal keselamatan semakin baik," jelas beliau.


Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan ASEANAPOL ke-36 di Putrajaya petang ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa insiden penculikan yang berlaku di kawasan perairan Malaysia dan Filipina, dengan kebanyakkannya dikaitkan dengan kumpulan militant Abu Sayyaf.

BACA: Daish: Malaysia, Indonesia, Filipina bermesyuarat di Bali

BACA: Filipina mahu Malaysia bantu rangsang ekonomi serantau