Skuad lelaki negara gagal ke final apabila tumpas 1-3 kepada China pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, hari ini.
Walaupun tewas, skuad negara berjaya mencapai misi untuk mara ke pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok, Thailand dari 20 hingga 27 Mei depan.
Pada aksi separuh akhir hari ini, pemain perseorangan Lee Zii Jia gagal meneruskan rentak kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini, sekali gus tidak dapat menyumbangkan mata buat pasukan negara.
Zii Jia yang diturunkan selaku perseorangan pertama berikutan Datuk Lee Chong Wei direhatkan, tunduk kepada pemain ranking ketujuh dunia Shi Yiqi 18-21, 9-21, dan mengakui sedikit keletihan antara punca beliau gagal mempamerkan prestasi memberangsangkan hari ini.
"Saya rasa penat sedikit sebab sudah beberapa hari bermain dalam perlawanan yang sengit. Jadi, saya rasa dari segi fizikal, kecergasan saya sudah menurun. Lagi pun, Shi Yuqi mula meningkatkan rentak permainan.
"Saya agak kecewa sebab tidak dapat sumbang mata pertama pada separuh akhir ini. Selepas ini, saya akan teruskan latihan dan buat persiapan yang baik untuk hadapi Piala Thomas," katanya.
Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Thomas 2018 secara merit selepas layak ke separuh akhir BATC 2018, yang menjadi medan kelayakan ke kejohanan dwi-tahunan itu.
Kejayaan pada BATC 2018 memperbaiki pencapaian edisi sulung dua tahun lepas di Hyderabad, India apabila skuad negara terkandas di suku akhir.
Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan China, Xia Xuanze berkata skuadnya yang dibarisi pemain muda bernasib baik berjaya mara ke pentas akhir BATC.
"Sebenarnya kejohanan ini untuk memberi pendedahan kepada pemain muda. Mara ke final adalah bonus kepada pasukan kami. Nasib baik, Chong Wei tidak beraksi hari ini...jika dia beraksi mungkin sukar bagi kami untuk mendapatkan mata pertama," katanya.
Turut gagal menyumbang mata kepada skuad negara adalah perseorangan kedua Soong Joo Ven yang tewas kepada Qiao Bin 17-21, 8-21 dan gandingan beregu kedua negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang tumpas 15-21, 13-21 kepada Han Chengkai-Zhou Haodong.
Mata tunggal skuad negara diperoleh menerusi gandingan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan He Jiting-Tan Qiang 21-18, 21-12.
Pada satu lagi pertemuan separuh akhir, naib juara Piala Thomas 2016, Indonesia mara ke perlawanan akhir selepas mengetepikan Korea Selatan 3-2.
Jonatan Christie mengutip mata pertama Indonesia selepas menewaskan Son Wan Ho 21-18, 21-14, diikuti gandingan Mohamad Ahsan-Angga Pratama yang mudah menundukkan Chung Eui Seok-Seo Seung Jae 21-8, 21-10 untuk mata kedua.
Tidak mudah berputus asa, Korea Selatan berjaya merapatkan jurang menerusi perseorangan kedua, Jeon Hyeok Jin yang mengalahkan Ihsan Maulana Mustofa 21-17, 21-16.
Korea Selatan menyamakan kedudukan selepas gandingan Rian Agung Saputro-Hendra Setiawan tewas kepada Choi Solgyu-Kim Dukyoung 21-11, 18-21, 19-21.
Firman Abdul Kholik muncul wira sekali gus mengesahkan kemenangan Indonesia untuk beraksi di pentas final berdepan China, esok, apabila menewaskan Lee Dong Keun 22-20, 11-21, 22-20.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2018
Aksi Lee Zii Jia selepas kalah dalam perlawanan menentang Shi Yuqi dari China pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, hari ini. --fotoBERNAMA
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.
BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.