Malaysia jamin landskap politik stabil, tarik pelabur asing

Malaysia jamin landskap politik stabil, tarik pelabur asing
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking memberi jaminan, masalah-masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu akan diselesaikan, dengan segera. - Foto Astro AWANI/Andy Reza
JAKARTA: Malaysia komited menyediakan landskap politik lebih stabil, bagi meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke dalam negara.

Untuk itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking memberi jaminan, masalah-masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu akan diselesaikan, dengan segera.
“Beri kepercayaan dan keyakinan kepada kami, kerana kerajaan Malaysia baharu sedang berusaha untuk selesaikan masalah-masalah lalu,” katanya ketika berucap merasmikan majlis makan malam sempena pembukaan anak syarikat terbaharu Petronas Chemical, PT PCM Kimia Indonesia, di Jakarta, semalam.

Darell turut memaklumkan, meskipun beberapa projek mega dibatalkan dan dikaji semula, Malaysia juga merancang menghasilkan projek baharu yang memberi nilai ekonomi lebih besar kepada negara.

Kementeriannya juga akan menyediakan persekitaran kompetitif dan mesra perniagaan untuk para pelabur.