Malaysia mengekalkan pendiriannya menentang sebarang bentuk pententeraan terhadap beberapa pulau buatan di Laut China Selatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Pihak berkuasa China telah memaklumkan kepada kita bahawa pulau-pulau berkenaan tidak akan dijadikan sebagai pententeraan," katanya kepada pemberita di luar sidang tahunan Dialog Shangri-La, di sini pada Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis yang memberitahu forum keselamatan itu bahawa Washington tidak akan menerima pententeraan pulau-pulau di Laut China Selatan oleh Beijing.
"Selama ini, itu adalah pendirian Malaysia dan tidak ada perubahan," katanya sambil menambah beliau tidak sabar untuk bertemu dengan Mattis pada mesyuarat dua hala dengan negara itu, pada Ahad.
Ditanya mengenai tinjauan Laut China Selatan, Hishammuddin menanggapnya sebagai 'terkawal'.
Katanya, kebimbangan utama Malaysia adalah 'insiden yang tidak dingini dan tidak sengaja baik di laut mahupun di udara' sehingga menjadi di luar kawalan.
Beliau berkata jika wujud perkara-perkara yang dilakukan oleh Beijing yang tidak memuaskan hati, maka Malaysia boleh berunding secara langsung susulan hubungan baik yang sedia terjalin dengan China dan Amerika Syarikat.
Terdahulu semasa berucap mengenai ''Cabaran Baharu Pengurusan Krisis di Asia Pasifik'', Hishammuddin berkata usaha mengekang cita-cita kumpulan pengganas Daish di rantau Asia Pasifik dan penularan pengaruh kumpulan itu secara global menjadi cabaran utama pada tahun ini.
Beliau menekankan bahawa dari tahun 2013 hingga 2016, pihak berkuasa Malaysia telah menahan 250 individu yang disyaki terbabit dengan aktiviti kumpulan militan tersebut.
"Saya amat sedih untuk menyatakan bahawa siri serangan keganasan di Marawai, Mindanao oleh anggota militan turut termasuk rakyat Malaysia, Ramai di antara individu terbabit adalah daripada latar belakang yang baik dan berprofesion," katanya.
Menurutnya, cabaran kedua paling menonjol tahun ini adalah peningkatan ketegangan dan ketidakstabilan di Semenanjung Korea.
"TIada siapa dapat menjangkakan kesan secara langsung daripada situasi ini. Pembunuhan kejam abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kami tidak terlindung daripada dunia dan masalah-masalahnya.
"Masalah ini bukan semata-mata kerana sikap tidak menentu regim Pyongyang malah hasrat Presiden Moon Jae-in untuk berunding dengan Korea Utara amat dipuji, hakikatnya ini tidak menghalang Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu hampir setiap minggu.
"Kontroversi berhubung pemasangan Sistem Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) di Korea Selatan juga menjadikan potensi untuk mewujudkan situasi amat rapuh.
"Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengulangi gesaan Malaysia supaya sikap menahan diri dan dialog diadakan mengenai isu Semenanjung Korea kerana tiada siapa akan menerima manfaat daripada konflik ini terutama apabila membabitkan senjata nuklear" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2017
Malaysia mengekalkan pendiriannya menentang sebarang bentuk pententeraan terhadap beberapa pulau buatan di Laut China Selatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Foto fail
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).