Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati masyarakat agar tidak terpengaruh dengan khabar angin, kononnya wujud kacau-bilau di dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, buat masa ini situasi keselamatan dan ketenteraman negara kekal tenang serta terkawal.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan agar penyokong-penyokong parti politik tidak melakukan sebarang perarakan hingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"PDRM akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden atau provokasi yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat," katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.