Kedudukan negara melonjak ke Tahap 2 tahun ini setelah berjaya melaksanakan usaha signifikan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia hasil komitmen tinggi ahli Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (HLC MAPCO) yang melibatkan peningkatan siasatan, pendakwaan dan sabitan kes pemerdagangan orang.
Usaha berkenaan adalah bagi mematuhi akta United Nations Convention Against Transnational Organized Crime (UNTOC) dan Trafficking Victim Protection Act 2000 (TVPA).
Menurut Ahmad Zahid, Malaysia sebelum ini pernah berada di kedudukan Tahap 2 (Pemerhatian) selama lapan kali kerana tidak menunjukkan peningkatan ketara.
Beliau berkata demikian di sini sempena Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi HLC MAPCO.
Selain barisan menteri Kabinet dan ketua agensi terlibat, mesyuarat turut dihadiri Duta Besar Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur, Kamala Shirin Lakhdir.
Menurutnya lagi, sehingga Jun 2017, sebanyak 254 kes pemerdagangan orang dibawa untuk pendakwaan dengan 67 sabitan diperoleh.
Daripada jumlah itu, 43 melibatkan kesalahan pemerdagangan orang dan 24 kesalahan lain yang berunsur pemerdagangan orang.
363 tangkapan berjaya dilakukan pada Januari hingga Jun tahun ini.
Ahmad Zahid turut memuji penglibatan NGO dalam pengurusan mangsa pemerdagangan orang.
"Ia satu perkembangan positif dan perlu diteruskan bagi memastikan kebajikan mangsa terus terpelihara dan tanggungjawab dapat dikongsi bersama," katanya.
Tambahnya, ia juga selaras dengan komitmen negara melaksanakan pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang telah berkuat kuasa November 2015.
Kerajaan, menurutnya, telah menyalurkan dana berjumlah RM1,385,500.00 kepada dua badan NGO sebagai projek rintis selain menyediakan tiga rumah perlindungan mangsa pemerdagangan di Sabah, Selangor dan Pulau Pinang.
Mesyuarat turut mengambil maklum mengenai hari kesedaran jenayah pemerdagangan orang "World Day Against Trafficking in Persons" yang disambut pada 30 Julai setiap tahun.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Jul 17 2017
Kedudukan negara melonjak ke Tahap 2 tahun ini setelah berjaya melaksanakan usaha signifikan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang, kata Ahmad Zahid. -Gambar fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
Malaysia lonjak ke Tahap 2 banteras jenayah pemerdagangan orang - Zahid
Ia bagi mematuhi akta United Nations Convention Against Transnational Organized Crime (UNTOC) dan Trafficking Victim Protection Act 2000 (TVPA).