Tutup

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza
Malaysia teguh dengan pendiriannya membantah sekeras-sekerasnya kepongan berterusan ke atas Gaza. - PCOM
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, kata Wisma Putra.

Menurut kenyataan kementerian itu, serangan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) adalah berlebihan dan tidak seimbang, selain daripada tidak mengendahkan langsung semua undang-undang antarabangsa.
"Malaysia teguh dengan pendiriannya membantah sekeras-sekerasnya kepongan berterusan ke atas Gaza yang merupakan hukuman kolektif dan mengakibatkan penderitaan dan kesusahan yang memeritkan kepada penduduk Gaza dan organisasi bantuan kemanusiaan di Semenanjung dan kawasan-kawasan lain di Wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan serius bagi mengakhiri pendudukan haram Israel dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka," katanya.
Ia juga menggesa kesemua pihak menahan diri dan menghormati perjanjian gencatan senjata untuk mengelakkan lebih ramai lagi orang awam terkorban.

-- BERNAMA


Tag: Gaza, Palestin, Israel, Wisma Putra, Malaysia, serangan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.