Malaysia mengalu-alukan adaptasi resolusi Perlindungan Penduduk Awam Palestin ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk memberi lebih perlindungan terhadap penduduk Palestin.
Resolusi itu yang diterima pada sesi khas tergempar semalam, juga kecewa dengan sebarang layanan 'keterlaluan, tidak serata dan penindasan' oleh tentera Israel terhadap penduduk awam Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza.
Resolusi itu diterima menerusi 120 undi bersetuju, lapan menentang dan 45 berkecuali.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia bersama-sama dan bersetuju dengan resolusi tersebut sejajar dengan sokongan serta pendirian teguhnya sejak dahulu terhadap Palestin.
"Malaysia sentiasa menyokong kuat Palestin dan teguh dalam menyuarakan sokongan untuk pemulihan hak-hak Palestin yang tidak dapat dipisahkan, termasuk penubuhan negara Palestin yang bebas dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.
"Malaysia akan terus memainkan peranan aktif sebagai anggota PBB dalam menyumbang ke arah usaha menangani isu-isu asas dan demi mencapai penyelesaian yang adil, berkekalan dan damai terhadap konflik Palestin-Israel," katanya.
Resolusi itu memerlukan Setiausaha Agung PBB untuk mengemukakan laporan bertulis dalam tempoh 60 dari hari penerimaannya, dengan cadangan bagi menubuhkan mekanisma perlindungan antarabangsa untuk penduduk awam Palestin.
Pada sesi khas tergempar UNGA 21 Dis tahun lepas, Malaysia turut bersama-sama mengundi bersetuju kepada resolusi bagi menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 14 2018
Malaysia bersama-sama dan bersetuju dengan resolusi tersebut sejajar dengan sokongan serta pendirian teguhnya sejak dahulu terhadap Palestin. - Gambar fail
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Misi Freedom Flotilla: Besar harapan untuk sampai ke bumi Palestin demi hulurkan bantuan
Besar harapan misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla untuk sampai ke bumi Palestin bagi menyalurkan bantuan yang amat diperlukan ketika ini di sana.
UNICEF gesa supaya pemindahan untuk merawat kanak-kanak cedera di Gaza ditingkatkan
Kekurangan petugas dan bekalan memberikan kesan negatif terhadap penjagaan yang mereka boleh berikan, terutamanya untuk pembedahan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar syukur Nadir dan keluarga bersatu semula, ucap penghargaan kepada Al Sisi
Beliau turut menyatakan penghargaannya kepada Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan.
Israel kini dalam kedudukan defensif - Penganalisis
Rejim Israel ketika ini dalam kedudukan bertahan susulan pelbagai tekanan serta impak negatif yang dirasai susulan kempen perang keatas Gaza dilancarkan.
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera.
Tiga kedai roti kembali beroperasi di Gaza dengan bantuan PBB
Ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman bahawa pembelian boleh dibuat di kedai roti.