Tutup

Malaysia sokong Timor Leste sebagai negara ASEAN ke-11

Malaysia sokong Timor Leste sebagai negara ASEAN ke-11
Malaysia sangat berharap agar misi mencari fakta dapat memberikan hasil positif dengan secepat mungkin, kata Saifuddin Abdullah. - Gambar BERNAMA
MALAYSIA menyokong kemasukan negara Timor Leste sebagai negara ASEAN yang ke-11 dan proses perbincangan dijangka diadakan masa terdekat.

Menurut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, kemasukan negara tersebut adalah selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN.

“Berdasarkan keakraban yang sedia terjalin ini, Malaysia menyokong kemasukan Timor Leste sebagai anggota baharu ASEAN, memandangkan ia terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara.

“Ia selaras dengan Perkara 6, dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baharu ASEAN, ini juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya yang dipelopori Malaysia yang berpegang kepada konsep ‘prosper-thy-neighbour’, yang bermakna memakmurkan jiran” kata beliau.
Saifudin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Tuan Wong Hon Wai di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga memaklumkan telah mengulangi sokongan Malaysia pada Timor Leste ketika bertemu rakan sejawatnya, Dr Dionisio da Costa Babo Soares yang mengadakan lawatan ke Putrajaya awal bulan ini.
Katanya, anggota negara ASEAN juga bersetuju untuk berunding dan mencari kata sepakat berhubung kesediaan Timor Leste untuk menjadi anggota ASEAN.

Dalam masa sama, Saifuddin berkata, Malaysia sangat berharap agar ‘misi’ berkenaan membuahkan hasil yang positif secepat mungkin.


Tag: Saifuddin Abdullah, Dewan Rakyat, ASEAN, Parlimen, Malaysia, Timor Leste, prosper-thy-neighbour



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.