Malaysia dan Thailand bersetuju melanjutkan waktu operasi harian Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam serta Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, daripada 18 jam kepada 24 jam bagi tempoh percubaan selama tiga bulan mulai April ini.
Wisma Putra dalam kenyataan pada Ahad berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat antara Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Thailand Don Pramudwinai, Sabtu malam, yang diadakan dalam lawatan delegasi Malaysia yang diketuai Saifuddin ke Bangkok.
Menurutnya kedua-dua pemimpin itu bersetuju bahawa lanjutan waktu operasi itu akan memberi tumpuan khusus kepada kenderaan kargo dan kenderaan berat yang sering berurusan di sempadan dua negara.
"Keputusan itu dibuat sebagai susulan kepada persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri kedua-dua negara semasa lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Bangkok Oktober lepas," menurut kenyataan itu.
Saifuddin dan Pramudwinai turut berbincang beberapa isu dua hala yang mempunyai kepentingan bersama, di samping isu-isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama.
"Mereka turut berbincang mengenai usaha meningkatkan ketersambungan antara Malaysia dan Thailand, yang terus menjadi keutamaan bagi Malaysia. Dengan infrastruktur yang baik dan maju, di samping ketersambungan sempadan yang lancar, inisiatif ini akan memudahkan lagi perdagangan merentasi sempadan antara Malaysia dan Thailand," menurut kenyataan itu.
Merujuk kepada soal pembangunan mampan, yang turut menjadi fokus utama Thailand dalam melaksanakan peranannya sebagai Pengerusi Asean tahun ini, Wisma Putra berkata kedua-dua Menteri Luar memperakui kepentingan agenda pembangunan yang mampan dan komiten untuk bekerjasama bagi merealisasikannya.
"Malaysia secara aktif melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan yang sudah termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)," menurutnya.
Terdahulu sebelum lawatan rasmi itu, Saifuddin turut menghadiri Pemukiman Menteri Luar Asean yang dihoskan oleh Thailand pada 17 dan 18 Jan di Chiang Mai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 20 2019
Malaysia dan Thailand bersetuju melanjutkan waktu operasi harian Kompleks ICQS di Bukit Kayu Hitam serta Kompleks CIQ Sadao. - Gambar fail
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.
Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku
Maqis merampas 27,564 kilogram keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.
KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
KPDN merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao direalisasi dalam masa terdekat
Inisiatif jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke ICQS Sadao, Thailand dekat sini dijangka direalisasikan dalam masa terdekat.
Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran
Empat buah treler ditahan Jabatan Kastam Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu kerana disyaki menyeludup minyak diesel.
Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda
Tiga lelaki warga Thailand didenda selepas masing-masing mengaku bersalah menyeludup keluar diesel bersubsidi dari negara ini ke Thailand di Bukit Kayu Hitam.
Sembilan ditahan seleweng diesel lebih RM290,000
Sembilan individu ditahan bersama 135,760 liter minyak diesel bernilai anggaran RM291,884 dipercayai untuk diseleweng dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.
ATM tahan 12 PATI di sempadan Malaysia-Thailand
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand, pada Rabu.
Sejam tahan sakit tangan kanan tersepit mesin
Bomba ambil masa 40 minit untuk keluarkan tangan mangsa dari mesin pengupas kelapa.
JKDM perketat kawalan pintu sempadan, elak ganja masuk ke Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia.