Malaysia mengulangi seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya penambahbaikan dilaksanakan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) demi memastikan institusi itu lebih inklusif, demikian menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.
Seruan itu dibuat Liew ketika lawatan tiga hari ke Berlin pada 26-28 Nov lepas atas jemputan Friedrich Ebert Stiftung, sebuah yayasan berpangkalan di Jerman, untuk berucap pada persidangan hal ehwal antarabangsa dan keselamatannya, Tiergarten Conference.
"Tidak ada masa yang lebih sesuai berbanding ulangtahun ke-75 PBB pada 2020.
"PBB dan multilateralisme memerlukan seluruh negara yang bersependapat untuk menentang polarisasi, yang semakin menjadi-jadi beberapa tahun ini sejak Presiden Donald Trump mula bertugas," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh pejabat Timbalan Menteri Pertahanan di sini, hari ini.
Liew berkata pada masa yang sama, para demokrat sosial perlu memastikan bahawa pentadbiran demokrasi membawa hasil kepada masyarakat termasuklah peluang pekerjaan, perumahan dan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak rasa kecewa para marhaen.
"Dasar berhemat yang dilaksanakan sepanjang dekad lampau di Eropah memperlihatkan bahawa semakin kerajaan berundur, semakin masyarakat marah dan membantu populis sayap-kanan mengembangkan pengaruh mereka.
"Pentadbiran demokrasi mesti memastikan warganya mempunyai kehidupan ekonomi yang bermaruah dan selayaknya, supaya mereka tidak menyokong para autoritarian dan populis sayap-kanan," katanya.
Dalam lawatan ini, Liew turut mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya, Parliamentary State Secretary to the Federal Minister of Defence, Thomas Silberhorn untuk berbincang tentang kerjasama pertahanan dua hala Malaysia-Jerman, penglibatan Jerman di Asia dan keperluan upaya di peringkat antarabangsa bagi mengelak perseteruan kuasa-kuasa besar.
Diiringi Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason, Liew juga mengadakan perbincangan bersama Minister of State at the Federal Foreign Ministry, Niels Annen bagi bertukar pandangan tentang prospek dasar luar Malaysia selepas perubahan kerajaan pada Mei 2018.
Selain itu, Liew turut bertemu jurucakap jawatankuasa parlimen mengenai hal ehwal antarabangsa Parti Sosial Demokrat Jerman (SPD), Dr Nil Schmid, dan bakal Setiausaha Antarabangsa SPD, Franz Danner.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Liew (kiri) ketika berucap pada Tiergarten Conference di Berlin, Jerman. - Foto pejabat Timbalan Menteri Pertahanan
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Malaysia ulangi seruan supaya PBB lebih inklusif pada Persidangan Tiergarten Jerman
PBB dan multilateralisme memerlukan seluruh negara yang bersependapat untuk menentang polarisasi, yang semakin menjadi-jadi beberapa tahun ini sejak Presiden Donald Trump mula bertugas, kata Liew.