Malindo Air akan memulakan penerbangan empat kali seminggu ke destinasi terbaharu, Adelaide, Australia, pada 16 April depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata Adelaide merupakan destinasi keempat dalam rangkaian penerbangan syarikat itu di Australia selepas Perth, Brisbane dan Melbourne selain menjadi destinasi ke-56 yang meliputi 17 negara.
"Bagi Adelaide misalnya, kami menyasarkan (ia menjadi pilihan) kalangan pengembara bagi tujuan perniagaan, santai dan mengunjungi keluarga dan saudara.
"Malah, kami turut meneliti kemungkinan menambah kekerapan penerbangan pada masa depan sekali gus meningkatkan aliran penumpang di lapangan terbang serta menggalakkan pelancongan tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Malindo akan menggunakan pesawat jenis Boeing 737-800/900 yang menawarkan 12 kelas perniagaan dan 150/168 tempat duduk kelas ekonomi bagi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setiap Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu.
Tempahan penerbangan itu yang kini menawarkan tambang promosi sehala RM679 untuk kelas ekonomi dan RM2,399 bagi kelas perniagaan boleh dibuat menerusi laman sesawang www.malindoair.com selain kaunter tiket, pusat khidmat pelanggan dan agensi pelancongan terpilih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2019
Adelaide merupakan destinasi keempat dalam rangkaian penerbangan Malindo Air di Australia selepas Perth, Brisbane dan Melbourne selain menjadi destinasi ke-56 yang meliputi 17 negara.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar faedah
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7350/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 semasa ditutup semalam.
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
AWANI 7:45 [19/03/2024] - Titah tindakan paling keras | Tangani isu beras | Had laju kekal
- Isu kalimah Allah: Agong murka, TMJ gesa tindakan tegas.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama
RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri kenaikan tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.68 mata kepada 1,544.96 daripada 1,553.64 semasa ditutup pada Isnin.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna di negara ini untuk menuntut ganti rugi.
Keberanian PM dalam isu Palestin wajar disokong dan dicontohi - YADIM
Sikap mempertahankan hak rakyat Palestin di persada dunia yang diperlihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diikuti oleh para pemimpin negara ini tanpa mengira parti.
Sumbangan 25 tahun dalam kerjaya seni, Siti Nurhaliza teruja diiktiraf Walk of Fame Adelaide
Beliau berasa cukup gembira dan terharu sebaik menerima pesanan emel daripada pihak penganjur atas pengiktirafan tersebut.
Tahniah! Siti Nurhaliza terpilih untuk diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Selasa.
COVID-19: Australia Selatan laksana perintah berkurung enam hari
Berikutan itu, semua sekolah, universiti, kilang dan restoran diarahkan ditutup bermula Khamis dan hanya seorang individu daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar.
COVID-19: Peningkatan kes mendadak, Adelaide kenakan semula sekatan
Ia susulan peningkatan daripada tiga kes kepada 17 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di bandar kedua terbesar di Australia itu.
Siti Nurhaliza promosi TMM 2020 dalam konsert di luar negara
Siti Nurhaliza akan mempromosi negara dan Tahun Melawat Malaysia 2020 menerusi lagu-lagu irama Malaysia ketika mengadakan konsert di luar negara
Siti Nurhaliza teruja untuk beraksi di Adelaide
Undangan mengadakan konsert di Adelaide, Australia dianggap satu penghormatan buat Siti Nuhaliza.
Malindo Air ke Adelaide mulai bulan depan
Malindo Air akan memulakan penerbangan empat kali seminggu ke destinasi terbaharu, Adelaide, Australia, pada 16 April depan.
Datuk Bandar Adelaide lawat Pulau Pinang, bincang inisiatif bandaraya pintar
Yew berkata Adelaide dan George Town adalah lebih daripada bandaraya kembar, yang terjalin sejak 1973, kerana kedua-dua bandaraya mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang sejarah.
Apabila Raja Rimba datang dekat...
Kalau biasa kita saksikan haiwan liar di dalam sangkar, tapi apa pula rasanya kalau haiwan tengok kita dari luar sangkar?
Ada cubaan gugat kemakmuran pelajar Malaysia di luar negara - WeMalaysia
Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat mengakui ada usaha beberapa pihak yang cuba meruntuhkan keamanan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum dari Malaysia yang menetap di negara itu.