Peniaga dan pemborong disifatkan tidak mempunyai perasaan kemanusiaan dan belas kasihan kepada pengguna kerana kedegilan menurunkan harga barangan selepas pengumuman harga minyak oleh kerajaan Ahad lepas.
Pengerusi Biro Pertanian dan Asas Tani, Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad berkata, sifat murni itu dilihat semakin hilang selepas tragedi banjir yang melanda negara beberapa bulan kebelakangan ini.
"Sudahlah negara dilanda banjir, berapa ramai yang kehilangan tempat perlindungan, ini ditambah pula dengan kedegilan peniaga menurunkan harga barang selepas harga minyak turun.
"Ia umpama dua bencana berturut-turut kepada pengguna, pada masa sama peniaga serta pemborong serta orang tengah terus mengaut keuntungan berlebihan tanpa sedikit pun belas kasihan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Ahmad Mukhriz mengulas catatan laman Facebook Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta peniaga Cina memberikan sepenuhnya kerjasama untuk menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak.
Kata Ismail, kedegilan pihak-pihak tertentu untuk menurunkan harga barangan boleh menyebabkan kemarahan rakyat keseluruhannya kepada kerajaan.
Tambah Ahmad Mukhriz, semua pihak harus sedar keadaan negara kini yang baru sahaja pulih dari musibah banjir yang melanda.
"Maka seharusnya semua pihak mempunyai semangat dan rasa tanggungjawab untuk membantu membangunkan semula negara dan bekerjasama bagi meringankan beban yang dialami masyarakat, secara langsung mahupun tidak langsung.
"Bukankah selama ini pun, apa yang diperjuangkan dengan lantang oleh sesetengah pihak adalah untuk menurunkan harga barangan.
"Maka hari ini kita perlu mempersoalkan mengapa apabila ada peluang yang begitu baik untuk kita menikmati penurunan harga barangan secara mendadak, ianya tidak langsung dibangkitkan oleh pihak-pihak tersebut," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, peniaga dan pemborong yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kata-kata mereka turut dicabar untuk menurunkan harga barangan mereka.
"Ia selaras dengan kenyataan mereka yang sering kali menggunakan faktor kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan.
"Pembeli dan pengguna harus ingat, hanya dengan menggunakan kuasa yang ada sahaja maka peniaga-peniaga yang tamak dan rakus ini akan dapat diajar," katanya.
Astro Awani
Tue Feb 03 2015
AHMAD MUKHRIZ: Mana belas kasihan peniaga dan pemborong selepas bencana banjir? - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).