Dakwaan kerajaan cuba menjual kedaulatan negara melalui kerjasama strategik Kumpulan Proton dan Geely dari China hanya strategi pembangkang untuk mengapi-apikan perasaan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Barisan Nasional itu berkata, tidak mungkin kerajaan akan membiarkan sahaja masa depan Proton tergadai dengan membiarkan sahaja pihak pengurusan DRB-Hicom membuat keputusan yang salah, kerana Proton merupakan jenama kebanggaan negara sejak dahulu lagi.
BACA: Geely mampu bawa vendor Proton ke pasaran global
BACA: Mukhriz dan Proton punca dendam Mahathir
Tambahnya lagi, adalah menjadi satu kerugian sekiranya kerjasama strategik itu dibatalkan semata-mata tekanan pembangkang kerana Geely pada masa kini merupakan pemilik Volvo serta pemegang saham terbesar Daimler AG, iaitu pemilik jenama Mercedez-Benz.
“Maka dengan ini bererti keputusan kita pilih Geely adalah amat tepat sekali. Cuba bayangkan kalaulah pembangkang gertak untuk membatalkan kontrak dengan negara China, bagaimana kalau Geely diarahkan untuk tidak menjadi rakan kongsi dengan Proton (seperti yang pembangkang mahukan), siapa akan rugi?
“Warga DRB-Hicom akan menjadi mangsa, dan mungkin akan kehilangan pekerjaan. Sebab itu mereka dari pembangkang tidak fikir semasak-masaknya.
“Kalau kita main emosi saja, kalau kita main sentimen sahaja, tetapi kita ini kecundang atau rugi dari segi perniagaan, maka itu merupakan pemikiran Pak Pandir. Tidak ada apa-apa faedah bagi kita,” katanya sewaktu berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Warga DRB-Hicom, dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat Pekan, di sini, hari ini.
Katanya lagi, kerajaan mempunyai misi dan visi untuk memastikan Proton tidak hanya berlegar di dalam negara sahaja, tetapi ia juga mampu meluncur di atas lebuh raya negara-negara lain, sekali gus membawa jenama itu lebih tinggi di persada antarabangsa.
"Sebab itulah, percayalah kerajaan BN kita. Kita ada hala tuju jelas. Bila kita buat sesuatu kita fikir sedalam-dalamnya.
“Kita mendahulukan rakyat dalam apa jua pertimbangan yang kita lakukan. Kita memberi sumbangan kerana apa? Kerana kita nak tolong rakyat. Kita nak sediakan peluang pekerjaan. Kita nak bangunkan teknologi, kita nak tentukan kita cukup dana untuk buat R&D. Kita nak perluaskan pasaran Proton,” katanya lagi.
Berucap mengenai PPR Pekan pula, Datuk Seri Najib berkata, kos projek pembinaan 500 unit rumah berkeluasan 700 kaki persegi itu, dianggarkan jumlah RM103.7 juta, dan bakal dimulakan pembinaannya pada Julai ini, dengan harga jualan sebanyak RM35,000 setiap unit.
Katanya lagi, kos asal bagi setiap unit berjumlah RM207,382, dan kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM172,382 seunit.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib turut mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500 kepada 60,000 warga DRB-Hicom, yang akan mula dibayar pada 30 April ini.
Selain itu, tambahnya lagi, sejumlah 100 unit PPR Pekan itu juga akan dikhususkan kepada warga DRB-Hicom yang berkelayakan.
Firdaus Azil
Fri Apr 27 2018
Keputusan DRB-Hicom memilih Geely sebagai rakan strategik Proton tepat kerana ia merupakan pemilik Volvo serta pemegang saham terbesar pemilik Mercedez-Benz, kata PM Najib
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.