Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15,126 orang melibatkan 4,901 keluarga, pada pagi Selasa.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,207 orang melibatkan 3,480 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 10,078 mangsa (3,437 keluarga) malam Isnin.
Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan Pasir Mas kekal sebagai jajahan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu seramai 5,751 (2,268 keluarga) melibatkan 28 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ia diikuti Kuala Krai seramai 1,075 mangsa (265 keluarga) di 16 PPS, Pasir Puteh 826 mangsa (219 keluarga) di lapan PPS dan Kota Bharu 733 mangsa (209 keluarga) ditempatkan di lima PPS, manakala di Tanah Merah 642 mangsa (179 keluarga) di 13 PPS, 619 mangsa (190 keluarga) di tiga PPS di Tumpat dan 203 mangsa (61 keluarga) di enam PPS di Machang.
Dua PPS di Jeli menempatkan 179 mangsa (45 keluarga) dan 179 mangsa (44 keluarga) di dua PPS Bachok.
Sementara itu, laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my menunjukkan paras Sungai Golok di Rantau Panjang menurun sebanyak 0.3 meter kepada 10.58 meter berbanding 10.61 meter pada Isnin malam namun masih melepasi paras bahaya 9.0 meter.
Sungai Golok di Kuala Jambu juga masih melepasi paras bahaya iaitu pada bacaan 3.21 meter (bahaya 2.5 meter).
Tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Jenob pada bacaan 22.74 meter (amaran 22.5 meter), Sungai Kelantan di Jambatan Guilemard 15.5 meter (amaran 14 meter) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai 23.38 meter (amaran 22.5 meter).
Tiga sungai pula melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Lebir di Tualang 29.94 meter (berjaga-jaga 27 meter), Sungai Galas di Dabong 33.40 meter (berjaga-jaga 32 meter) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraja 3.86 (berjaga-jaga 3.0 meter).
Tiada sebarang jalan utama ditutup. Dua individu dilaporkan telah terkorban setakat ini.
Di TERENGGANU jumlah mangsa setakat pagi ini meningkat sedikit kepada 4,919 orang daripada 1,421 keluarga berbanding 4,908 orang (1,425 keluarga) malam tadi. Mereka di tempatkan di 120 PPS di lapan daerah.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata Kuala Terengganu adalah daerah terbaharu dilanda banjir malam Isnin yang kini menempatkan 22 mangsa (empat keluarga) di satu PPS dekat Manir.
"Di Besut, yang merupakan daerah paling teruk terjejas, jumlah PPS kekal di 51 lokasi dengan jumlah mangsa tidak berubah iaitu 1,879 mangsa daripada 503 keluarga. Setiu pula merekodkan penurunan iaitu 1,406 orang (398 keluarga) di 26 PPS berbanding 1,435 mangsa (408 keluarga) malam tadi. Situasi banjir di Hulu Terengganu juga tidak berubah, masih dengan 889 mangsa daripada 331 keluarga di 16 PPS," katanya.
Di Dungun pula berlaku sedikit peningkatan iaitu seramai 410 mangsa (106 keluarga) di 15 PPS berbanding 403 mangsa daripada 108 keluarga pada Isnin malam.
Begitu juga di Marang, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 129 orang daripada 27 keluarga di lima PPS berbanding 121 mangsa daripada 26 keluarga malam tadi. Di Kuala Nerus, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 160 orang (46 keluarga) di empat PPS berbanding 157 mangsa daripada 43 keluarga pada Isnin malam.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal http://publicinfobanjir.water.gov.my/ melaporkan hanya Sungai Nerus di Kampung Langkap melepasi paras bahaya pagi ini iaitu bacaan setinggi 21.23 meter berbanding paras bahaya 21 meter.
Di JOHOR, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Batu Pahat, kekal 52 orang mangsa setakat pukul 8 pagi ini (Selasa).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata semua mangsa merupakan 13 keluarga yang masing-masing dari Kampung Parit Betong, Kampung Parit Abdul Hadi dan Kampung Parit Ju.
Kesemua mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan, Sekolah Agama Seri Comel yang dibuka sejak Ahad petang.
Menurut beliau, keadaan paras air di kediaman yang terlibat memperlihatkan penurunan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,207 orang melibatkan 3,480 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 10,078 mangsa (3,437 keluarga) pada Isnin malam. - Gambar fail
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.