KUALA LUMPUR:Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat dan di Sarawak kekal dengan bilangan malam tadi manakala di Pahang pula terus menurun, pagi ini.
Di SABAH, mangsa banjir meningkat kepada 895 orang daripada 258 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 836 orang daripada 237 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di sembilan daerah.
Daerah terbabit ialah Kota Belud dengan seramai 264 orang ditempatkan di empat PPS, Beaufort (142); Tuaran (106); Kota Kinabalu (101); Tenom (75); Penampang (69); Putatan (49); Paitan (48); dan Papar (41).
Menurut kenyataan itu, satu PPS yang dibuka di Tuaran iaitu Masjid Kampung Bunga Tenghilan ditutup petang semalam berikutan keadaan banjir di kawasan itu pulih sepenuhnya dan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Secara keseluruhannya, sebanyak 230 kampung terjejas dan trend pemindahan mangsa banjir meningkat, selain hujan masih turun pagi ini termasuk di Kota Belud dan Beaufort, dengan amaran cuaca buruk dan waspada di beberapa daerah di Sabah, menurut kenyataan itu.
Di SARAWAK, PPS di daerah Serian, masih lagi beroperasi sehingga 8 pagi ini bagi menempatkan 325 mangsa banjir.
Mangsa banjir yang masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh itu menjadi satu-satunya pusat yang masih lagi dibuka setelah keadaan bencana di negeri itu semakin pulih.
Enam daerah di Sarawak mula dilanda banjir Rabu lepas berikutan keadaan hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang berlaku serentak, sebelum keadaan mula reda pada Jumaat.
Di PAHANG, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan hanya tiga daerah masih terjejas banjir dengan jumlah mangsa yang berada di PPS semakin berkurangan.
Kuantan mencatatkan bilangan mangsa paling ramai pagi ini iaitu 380 orang di dua PPS diikuti Pekan (298 orang, empat PPS) dan Maran (22 orang, dua PPS).
Portal infobanjir.water.gov.my pula melaporkan semua paras sungai di Pahang adalah normal melainkan Sungai Jelai di Lipis melebihi paras bahaya dan Sungai Pahang di Serambi, Pekan yang berada di paras amaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021
Enam daerah di Sarawak mula dilanda banjir Rabu lepas berikutan keadaan hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang berlaku serentak. -Gambar fail
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Satu PPS dibuka di Bau
PPS yang dibuka pada 7 pagi tadi itu menempatkan 64 orang daripada 16 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.
Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 27 malam ini
Sebanyak 27 mangsa banjir daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, Pahang, setakat 8 malam ini.