Tutup

Mangsa banjir di Sungai Siput meningkat kepada 207

Mangsa banjir di Sungai Siput meningkat kepada 207
Banjir melibatkan lima buah kampung iaitu Kampung Lintang, Kampung Pondok, Kampung Cherakoh, Kampung Batu 11 dan Kampung Tok Sirat. - Facebook/@Komuniti Sungai Siput
SUNGAI SIPUT: Jumlah mangsa banjir di daerah Sungai Siput meningkat kepada 207 orang sehingga jam 8.40 malam Rabu, berbanding 200 pada 5 petang.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sungai Siput, lima buah kampung terlibat iaitu Kampung Lintang, Kampung Pondok, Kampung Cherakoh, Kampung Batu 11 dan Kampung Tok Sirat.
Menurutnya, bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Haji Mohamad Padil Kampung Lintang meningkat kepada 158 orang dari 54 keluarga berbanding 151 orang daripada 49 keluarga pada sebelah petang.

Bagaimanapun jumlah mangsa ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat kekal 49 orang dari 12 keluarga.
Katanya, mangsa yang ditempatkan di Dewan Haji Mohamad Padil terdiri daripada 54 lelaki dewasa, wanita dewasa (64), kanak-kanak lelaki (29), kanak-kanak perempuan (10) dan Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki dewasa (1).

BACA: Banjir: 121 penduduk Sungai Siput dipindahkan

Manakala, mangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat terdiri daripada 20 lelaki dewasa (20), wanita dewasa (18), kanak-kanak lelaki (15), kanak-kanak perempuan (5) dan seorang kanak-kanak perempuan OKU.

Operasi pemindahan penduduk melibatkan 27 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), 13 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 15 anggota Polis Diraja Malaysia, empat anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat, seorang dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan dua penghulu.

Menurut jurucakap itu, hujan telah berhenti dan keadaan cuaca baik.

Bagaimanapun, ujarnya, pemantauan masih diteruskan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.




Tag: banjir Sungai Siput, Kampung Lintang, Kampung Pondok, Kampung Cherakoh, Kampung Tok Sirat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.