Biarpun kawasan rumah telah digenangi air lebih satu meter, namun terdapat segelintir penduduk enggan meninggalkan kediaman mereka.
Seramai 10 mangsa daripada empat keluarga di Kampung Banjai Chendering dekat sini memberikan alasan sudah biasa dengan situasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata sikap degil mereka itu menyukarkan pasukan penyelamat untuk melakukan operasi, khususnya ketika saat genting.
Menurut Idris, tindakan mereka itu mengundang risiko jika air naik secara mendadak terutamanya di waktu malam.
“Kita faham mereka telah biasa dengan keadaan itu, namun apa yang membimbangkan jika banjir bertambah buruk di kawasan tempat tinggal mereka sehingga menyukarkan kerja menyelamat.
"Jadi saya harap semua mangsa banjir dapat mengikuti arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku," katanya.
Beliau turut mengarahkan Ketua Balai Chendering meninjau dan memantau kawasan terbabit dan menasihati mangsa agar segera berpindah jika banjir semakin teruk.
Idris turut mengingatkan kesemua mangsa banjir agar menyimpan dokumen penting dan barangan berharga di tempat selamat bagi mengelak kecurian atau kehilangan dokumen sepanjang musim bah.
Katanya, pihaknya turut berterima kasih kepada semua agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang bersama-sama membantu.
Nur Fazlizai Ali
Fri Dec 01 2017
Biarpun kawasan rumah telah digenangi air lebih satu meter, namun terdapat segelintir penduduk enggan meninggalkan kediaman mereka. -Astro AWANI
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan
Sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, Ramanan segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.
Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.
Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir
Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.