Wanita warga New Zealand yang dikatakan mangsa kes serangan seksual melibatkan seorang diplomat Malaysia mendedahkan dirinya kepada umum dan meluahkan kekecewaan terhadap cara kerajaan New Zealand menangani kes tersebut.
Dalam satu temu ramah rancangan television TV3 3RD Degree, Tania Rose Billingsley, 21, berkata beliau marah terhadap tindakan kerajaannya membenarkan tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, untuk pulang ke Malaysia.
Billingsley juga mendesak Menteri Luar Murray McCully untuk letak jawatan atas kegagalannya untuk mengendalikan kes tersebut dengan baik.
“Saya mahu dia memohon maaf kerana ketidak cekapannya dalam mengendalikan situasi ini.”
“Dia asyik cuba menyalahkan dan meletakkan tanggungjawab ini ke atas pihak lain. Saya berpendapat dia tidak cuba untuk menangani isu ini. Dia patut letak jawatan.”
Pada 9 Mei, Rizalman, yang merupakan Pegawai Waran II yang ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, didakwa mengekori Billingsley dari perhentian bas ke rumahnya di Brooklyn.
Dia dituduh memecah masuk rumah Billingsley dan cuba menanggalkan pakaiannya. Wanita itu melawan sebelum dibantu jirannya.
Rizalman, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, ditahan oleh polis New Zealand dan dihadapkan ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol.
Bagaimanapun, Rizalman diberi kebenaran oleh Wellington untuk kembali ke tanah air dengan keluarganya pada 22 Mei setelah memohon kekebalan diplomatik.
Billingsley berkata dia kecewa kerana tidak diberitahu tertuduh diberi kebenaran untuk meninggalkan New Zealand.
“Saya cuma dapat tahu dia akan meninggalkan negara ini pada hari dia berlepas. Pihak polis amat membantu untuk memastikan saya dimaklumkan atas perkembangan kes tersebut, tetapi mereka juga tidak tahu apa yang boleh dikatakan dalam hal ini.”
“Saya amat kecewa dan marah kerana sejak mula lagi, saya menyatakan hasrat untuk mahu tertuduh dibicarakan di New Zealand.”
Billingsley berkata dia mengambil keputusan untuk tampil ke hadapan untuk bercakap tentang kes ini kerana mahu isu keganasan seksual di negaranya diberi perhatian dan ditangani dengan lebih baik.
“ Saya berhadap dengan penampilan umum ini, saya meletakkan satu wajah kepada mangsa dan saya akan dapat membantu menangani isu-isu berkaitan keganasan seksual di negara ini.”
" Kerana hakikatnya, keganasan seksual yang berleluasa dalam masyarakat kita menjadi bukti bahawa kerajaan masih belum menangani isu dengan usaha mencukupi,” katanya.
Rizalman, yang telah menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Mizan Tuanku di Kuala Lumpur, dijangka akan kembali ke New Zealand untuk menghadapi perbicaraan.
Menurut sumber The New Zealand Herald di hospital tersebut, situasi Rizalman kini kelihatan murung dan banyak menyisihkan diri.
Sumber itu turut menyatakan, sejak Rizalman dimasukkan ke wad sejak Selasa, individu itu dilihat tidak cukup sihat untuk diterbangkan semula ke Wellington dan mungkin memerlukan penilaian psikiatri lanjut, kata akhbar itu pada edisi Ahad, Herald on Sunday.
Akhbar itu berkata, keputusan sama ada Rizalman sihat atau tidak untuk dibicarakan bergantung kepada kerajaan Malaysia.
Cynthia Ng
Wed Jul 09 2014
Tania Rose Billingsley marah terhadap tindakan kerajaannya membenarkan tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail untuk pulang ke Malaysia atas faktor kekebalan diplomatik - gambar oleh TV3 3RD Degree
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Bekas atase tentera Malaysia dihukum tahanan rumah 9 bulan di New Zealand
Muhammad Rizalman Ismail dijatuhkan hukuman setelah pada November lalu mengaku melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita tempatan.