Apabila disebut Wan Osman Wan Awang ramai yang tidak tahu siapa empunya nama itu. Baik generasi lama atau generasi baru, nama ini sangat asing. Tetapi jika disebut Usman Awang, ramai yang mungkin mengingati sosok bergelar Sasterawan Negara itu yang telah pergi meninggalkan kita semua 12 tahun yang lalu.
Allahyarham Datuk Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warrant kembali ke rahmat Allah tanggal 29 November 2001 pada bulan Ramadan akibat penyakit jantung. Umurnya ketika itu 72 tahun. Selain Tongkat Warrant, anak kelahiran Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor itu juga menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan banyak lagi.
Usman Awang mula membina nama dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Karya beliau sentiasa segar dan akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Antara sajaknya yang cukup popular adalah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua.
Ketokohan Usman Awang menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra serta simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman Awang adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.
Ketika hayatnya, Usman Awang pernah mengadakan acara Manifestasi Dua Seni: Puisi dan Lukisan. Hasrat Allahyarham ketika itu ialah untuk mengangkat dan memperkenalkan penulis dan pelukis tanahair yang sering dipinggirkan. (Mungkin hingga hari ini penulis dan pelukis masih dipinggirkan).
Bagi menghidupkan semula usaha murni Allahyarham itu, satu program yang dinamakan Hari Usman Awang Manifestasi Aneka Seni: Puisi, lukisan, muzik dan filem akan diadakan pada 20 Julai di Galeri Chandan, Bukit Damansara dari pukul 3 petang hingga 10 malam.
Menurut anak Allahyarham, Haslina Usman, program ini diadakan untuk mengingati perjuangan dan karya Usman Awang selain memberitahu golongan muda bahawa negara pernah memiliki seorang sasterawan yang hebat dan berjiwa rakyat.
Katanya, program ini diadakan sebagai tanda apresiasi terhadap seorang sasterawan negara yang telah meninggalkan khazanah seni budaya yang unggul kepada negara selain kesedaran yang berterusan di kalangan masyarakat terhadap kepengarangan kesusasteraan.
"Program ini juga diadakan sebagai memperingati Allahyarham pada bulan kelahirannya iaitu pada 12 Julai dan sebagai mengenang orang pertama yang memperkenalkan hari puisi.
"Selain itu program ini juga diadakan untuk memberitahu golongan muda bahawa negara pernah memiliki seorang sasterawan negara berjiwa rakyat seperti Usman Awang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Haslina berkata program ini dianjurkan oleh syarikatnya UA Enterprise Sdn Bhd dan sebuah pertubuhan yang diberi nama Sebudi dengan kerjasama Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRupa), Galeri Chandan, Perbadanan Kota Buku dan Silver Sports. Program ini dinaungi oleh Tan Sri Kamarul Ariffin yang juga rakan kepada Allahyarham Usman Awang.
"Tan Sri Kamarul yang mencadangkan supaya program ini melibatkan bidang seni yang lain dan dinamakan manifestasi aneka seni bukan hanya memberi tumpuan kepada puisi dan lukisan sahaja.
"Kalau kita lihat sebuah puisi boleh diadaptasi ke bidang seni yang lain, boleh menjadi sebuah naskah untuk pementasan pentas atau pembikinan sebuah filem.
"Sebuah puisi juga boleh diadaptasi menjadi lirik yang akhirnya menjadi sebuah lagu, jadi ia boleh menjadi aneka seni," katanya lagi.
Menerusi program ini juga pelukis yang bernaung di bawah PeRupa akan terlibat dalam satu projek yang dinamakan 'Lukis Ilham Tongkat Warrant'. Program itu bermula pada 12 Julai -- tarikh lahir Usman Awang. Pelukis akan mula menghasilkan lukisan berdasarkan karya-karya Usman Awang dan pada 20 Julai, karya tersebut akan dipamerkan di galeri Chandan tempat program Hari Usman Awang diadakan.
Kata Haslina, Sebudi turut berharap agar Hari Usman Awang dapat diadakan sebagai acara tahunan negara oleh mana-mana pihak dan pertubuhan. Melalui acara itu, pelbagai aktiviti boleh dianjurkan supaya khazanah yang ditinggalkan oleh sasterawan negara ini sentiasa menjadi tauladan dan pekerti yang baik, membina modal insan serta rakyat Malaysia yang sejati. Beliau mencadangkan Hari Usman Awang dianjurkan antara 12 Julai hingga 29 November iaitu hari pemergiannya.
Haslina juga berharap agar orang ramai dapat hadir ke program yang akan diadakan itu dan bersama meraikan karya seni yang dihasilkan oleh anak tempatan.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jul 19 2013
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Selepas dikritik, poster pementasan 'Don't Let Usman Awang Know' diubah
Pementasan "Jangan Beritahu Usman Awang" dijadual berlangsung di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC) dari 11 hingga 14 Julai ini.
Pementasan "Dont Let Usman Awang Know", waris Usman Awang kecewa, Pena bantah
Pena kecewa dengan penganjur yang dilihat seolah-oleh tidak menghormati Usman Awang sebagi seorang pejuang bahasa Melayu.