Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) mampu menanggung perbelanjaan operasinya sendiri, tanpa perlu bergantung kepada suntikan modal.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pelan strategik yang dibuat untuk mengukuhkan kedudukan kewangan taman tema itu sudah menunjukkan hasil yang memberansangkan.

Beliau memberitahu, pihak pengurusan MAPS juga telah menamatkan perjanjian harta intelek Bersama Dreamworks dan Universal Studios dan menjalinkan kerjasama dengan entiti-entiti baru.

BACA: Hutang menggunung, jual saja taman tema MAPS kepada swasta - Kor Ming

Menurut beliau, kerjasama dengan identiti baru iaitu adalah sebagai sebahagian daripada penyusunan semula kos operasi dan perbelanjaan modal untuk melengkapkan daya tarikan di taman tema itu.

“Selain itu, pihak pengurusan juga telah memberi lebih tumpuan kepada pemasaran,” katanya ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, 67,549 tiket telah terjual dan secara purata, MAPS bakal menerima kunjungan seramai 2,000 pengunjung secara berterusan sepanjang musim cuti sekolah ini.