Tutup

Marilah mari, Camerons mengundi!

Marilah mari, Camerons mengundi!
Dua Dewan Undangan Negeri (DUN) jadi perhatian di PRK Cameron Highlands, iaitu DUN Tanah Rata kawasan pertanian dan DUN Jelai kawasan perladangan. - Gambar hiasan
NUKILAN editor Astro AWANI, Abdul Razak Abu Chik mengenai pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands yang berlangsung hari ini.

Nota hari ini,
Mari perhati hari mengundi

Masih tak kering, kuyup keringat,
Dua minggu berkempen, bingit lagi hangat..

Pengundi Camerons, keluar awal pagi,
Pilih wakil rakyat, cari pengganti…
P-RU-14, keputusan tak terpakai,
Mahkamah perintah, alasan cuai.

Akibat rasuah, itu puncanya;
Walau selesai, keputusan terbatal..
Peti undi dibuka, seawal pagi;
Bermula jam 8, cepat… jangan lupa IC..

Kawasan Parlimen, P kosong tujuh lapan,
Lebih 32 ribu undian, harap nak ditawan..

Dua DUN, jadi perhatian;
Tanah Rata pertanian, Jelai pula perladangan..

Pemikiran baru, perbetul keadaan;
Rakyat Camerons, diperhati kebajikan..

Semua parti, ada berjanji;
Undi kami, Sabtu nanti..

Kaum Asli, semuanya prihatin;
Ini kali, tetap di hati..

Empat calon, ada kelebihan tersendiri;
Kini masanya, calit jari…

Bila terpilih, wakil rakyat baru,
Kerusi di Parlimen, bakal menunggu..



 

Isu Cameron, masih menunggu,
Jangan nanti, rakyat terus termangu..

Ada pembaharuan, pemerhati nak tahu,
Pengumuman keputusan, meluas disebarkan..

Mula Camerons, pengumuman disebar segar,
Internet kan ada, layar saja SPR..

Selamat mengundi semua..
Strawberi jangan lupa..