MAS, jangan ulangi kesilapan ini - Pejabat Mat Sabu

|

Mohamad berkata, beliau singgah di London semata-mata untuk bertemu dengan Perdana Menteri dalam perjalanannya untuk lawatan rasmi ke Perancis. - Gambar fail

KELEWATAN PESAWAT MAS MENYEBABKAN MENTERI PERTAHANAN GAGAL BERTEMU PERDANA MENTERI

Pada 16 Jun 2019, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sepatutnya mempunyai temujanji penting untuk bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di London, England.

Akan tetapi, disebabkan kelewatan pesawat Malaysia Airlines MH0002 untuk berlepas selama lebih kurang dua jam 30 minit dari Kuala Lumpur pada malam 15 Jun 2019, temujanji yang sepatutnya berlaku pada pagi 16 Jun 2019 itu gagal untuk berlangsung.

Menteri Pertahanan singgah ke London semata-mata untuk bertemu dengan Perdana Menteri dalam perjalanannya untuk lawatan rasmi ke Perancis.

Kesulitan ini amat dikesali dan diharapkan pihak Malaysia Airlines tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.



PEJABAT MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA



Dapatkan berita terus ke emel anda!

Langgan dan dapatkan berita utama harian terus ke emel anda setiap hari!

Terima Kasih
Terima Kasih!
Outbrain