Setelah hampir 48 jam sejak Sabtu, pihak berkuasa Malaysia dan beberapa negara lain masih tidak dapat menemui pesawat MH370 yang hilang.

Dalam sidang media pada 8.15 malam tadi, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan operasi mencari dan menyelamat pesawat itu masih berjalan.

Katanya, kawasan operasi yang terlibat telah berkembang daripada 20 batu nautika kepada 50 batu nautika.



APMM

Ia melibatkan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal daripada Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Filipina, dan Australia.

apmm

“Mereka menjumpai objek (dekat pulau Tu Jo), tetapi ia bukan daripada bahagian pesawat,” Azharuddin menjawab soalan wartawan.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan bahawa pihak berkuasa Singapura telah menjumpai objek yang mencurigakan 100km daripada pulau Tho Chu di Vietnam.

APMM

Ditanya samada mendapat laporan yang mengatakan sebuah kumpulan dari China mendakwa mereka bertanggungjawab atas insiden kehilangan pesawat MH370, Azharuddin berkata: “Kita tidak tahu mengenai tuduhan ini, China tidak memaklumkan apa-apa.”

APMM

Ditanya mengenai perkembangan siasatan keatas pasport curi yang didakwa digunakan oleh penumpang, Azharuddin menegaskan fokus sekarang adalah tertumpu kepada operasi mencari dan menyelamat.