Tular di laman sosial ekoran foto yang memaparkan Masjid Jamek Kuala Lumpur ditenggelami air sebentar tadi.

Namun, gambar yang tersebar itu ternyata palsu apabila pihak Astro Awani menghubungi dan mendapatkan kepastian dari seorang pembaca Astro AWANI yang berada di sekitar Masjid Jamek.

Keadaan sebenar Masjid Jamek Kuala Lumpur menurut sumber.
[FOTO INI MERUPAKAN IMEJ SAHIH TENTANG KEADAAN SEKARANG DI MASJID JAMEK]

Menurut pembaca itu (yang tidak mahu namanya disiarkan), air naik akibat hujan lebat bertersuan di ibu negara hanya di kawasan sekitar Kampung Baru.

Air yang naik sehingga ke paras lutut itu menjejaskan beberapa kenderaan dan juga kediaman penduduk.
Turut terjejas penempatan di Lorong Kiri Dato Keramat apabila kediaman di situ turut dilanda banjir kilat.

Beberapa jalan turut dinaiki air apabila hujan sejak kira-kira jam 3.30 petang tadi namun sebahagiannya dilaporkan telah surut.