Sekumpulan jurufoto media bersama polis berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kes samun seorang jurufoto sebuah portal berita di Serdang, Selangor baru-baru ini.
Menurut seorang lagi jurufoto portal berkenaan berusia lingkungan 30-an yang enggan dinyatakan namanya, beliau bersama sembilan rakan jurufoto lain berjanji untuk bertemu dengan suspek selepas menemui barangan yang disamun daripada mangsa diiklankan di sebuah portal jual beli malam tadi.
"Kami berpura-pura ingin membeli barangan berkenaan dan berjanji untuk bertemu suspek berhampiran stesen minyak di Bukit Dukung, Kajang pada kira-kira pukul 4 petang tadi dan memaklumkan kepada polis yang kemudian telah menahan ketiga-tiga suspek termasuk seorang lelaki yang dipercayai menyamun mangsa pada Ahad lepas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata barangan yang diiklankan di laman portal jual beli atas talian itu termasuk peralatan seperti kamera, lens, flash kamera dan beg kamera milik jurugambar berkenaan.
Dalam kejadian samun bersenjata kira-kira 2.30 petang di Lebuh Silikon, Serdang pada Ahad lepas, Jurufoto Malaysia Gazette Muhammad Affan Fauzi, 21, kerugian lebih RM25,000 semasa dalam perjalanan dari Sepang ke Ampang dengan menaiki motosikal selepas pulang daripada tugasan.
Seorang daripada suspek yang berusia lingkungan 30-an yang sebelum itu kononnya hendak membantu menunda motosikal mangsa yang kehabisan minyak, tiba-tiba mengacukan parang kepada Muhammad Affan.
Suspek lalu melarikan set badan kamera SLR Nikon D800, lensa telefoto dan lensa standard kamera, 'speedlite' milik majikan, telefon bimbit, serta beg mengandungi komputer riba serta dompet.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Bernama mengesahkan mengenai penangkapan itu.
"Bertindak atas maklumat dari pengadu dan orang awam, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah menahan tiga suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun itu," katanya.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.
Mengulas kes berkenaan, Persatuan Jurufoto Media Profesional Malaysia (MPPA) berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakan jurufoto media yang membolehkan suspek kes tersebut diberkas.
Presiden MPPA , Mohd Naim Firdaus Abdul Aziz berkata kerjasama antara pihak polis dan rakan jurufoto dalam memberkas suspek tidak sampai tempoh 72 jam kes ini dilaporkan mendapat maklum balas yang segera.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2018
Ketiga-tiga suspek dipercayai menyamun mangsa pada Ahad lepas. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Analisis FBM KLCI: Prestasi dan Jangkaan untuk Suku Kedua 2024
Imran Yassin Md Yusof, Ketua di MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi pasaran saham untuk suku pertama tahun 2024 dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Beliau menghuraikan sektor-sektor yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sektor-sektor yang mengalami penurunan pada suku pertama ini. Imran juga memberikan jangkaan dan ramalan MIDF Research mengenai prestasi pasaran saham dan ekonomi untuk suku kedua dan seterusnya.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Lelaki 37 tahun individu pertama didakwa di bawah Akta Anti-Menghendap
Lelaki itu didakwa mengintip dan melakukan gangguan seksual terhadap seorang jurugambar wanita selama beberapa tahun.
Hanya sekadar suka-suka, foto remaja ini dipilih warnai akaun rasmi Apple
Foto tersebut mendapat lebih 200,000 tanda suka dan turut menerima ribuan komen daripada pengikut Instagram syarikat gergasi itu.
Pengusaha butik pengantin Perak mohon tarikh untuk mula operasi perniagaan
Ramai dalam kalangan mereka kini terbeban dengan bayaran sewa kedai, gaji pekerja, dan pelbagai utiliti lain berkaitan, malah ada yang telah gulung tikar.
PKPB: Nasib jurugambar perkahwinan diketahui Selasa depan - Ismail Sabri
Nasib jurugambar perkahwinan sama ada mereka dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti sektor lain atau sebaliknya pada tempoh pandemik ini akan diketahui, Selasa depan.
Jurufoto SPRM tunjuk gambar lokasi Rosmah terima wang RM1.5 juta
Mohd Redzuan berkata Saidi, Rayyan dan seorang lelaki dikenali sebagai Shamsul telah dibawa secara berasingan bagi menunjukkan lokasi di mana berlakunya kejadian transaksi penyerahan wang.
Masuk perangkap: Jurufoto, polis berkas suspek kes samun kamera
Tiga suspek ditahan polis selepas cuba jual kamera curi kepada jurufoto mangsa samun.
Jurufoto Utusan terima pengiktirafan Malaysia Book Of Records
Mohd Noor Mat Amin merupakan jurufoto pertama di dunia yang berjaya memproses filem warna secara manual di Everest Base Camp.
Dua direman bantu siasatan kes pukul jurugambar Utusan Malaysia
Irwan Majid cedera dipukul oleh dua ahli keluarga seorang tertuduh yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah pada Rabu.
Jurufoto cedera dipukul keluarga tertuduh kes dadah
Kamera mangsa turut dihempaskan ke lantai dan polis telah menahan seorang penyerang manakala seorang lagi melarikan diri.