SEBUAH produksi filem di India menzahirkan penghargaan terhadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di atas sokongan yang diberikan kepada sebuah filem terbitan mereka baru-baru ini.
Syarikat berkenaan yang menerbitkan filem Tamil berjudul "Raatchasi" itu turut menyertakan lampiran surat dua halaman yang ditujukan khas buat Dr Maszlee yang sebelum ini memuji jalan cerita filem tersebut dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara.
Tidak hanya mendapat penghargaan daripada pasukan produksi, malah Maszlee turut menerima pujian istimewa daripada pelakon utama filem itu, Jyotika.
Jyotika melalui akaun Twitter suaminya, aktor Suriya Sivakumar menitipkan tanda terima kasih kepada Maszlee atas sokongan yang diberikan dan penghargaan yang tidak ternilai kepada naskhah "Raatchasi".
“Saya sangat tersentuh dengan penghargaan yang ditunjukkan sekali gus menjadikan mesej dan teladan dalam Raatchasi dibawa ke peringkat global,” katanya.
Terdahulu Maszlee di dalam Instagram miliknya berkata "Raatchasi" merupakan sebuah filem wajib tonton yang luar biasa dengan watak yang sempurna.
BACA: Maszlee sifatkan filem Tamil 'Raatchasi' terjemahkan aspirasi beliau
Menurutnya, setiap babak sentiasa memberi refleksi kepada keadaan di Malaysia.
“Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini. Misalnya inisiatif PSP (Program Sarapan Percuma).
"Filem ini menterjemahkan aspirasi saya yang lebih dari sekadar makanan, tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita,” katanya.
BACA: PSP kurang beban ibu bapa bekerja, jimatkan wang perbelanjaan
Maszlee turut menyeru semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja untuk segera menonton filem itu.
Filem "Raatchasi" arahan S Gowthamraj itu memaparkan Jyotika memainkan peranan utama dalam mengharungi liku dan ranjau sebagai seorang guru besar yang tegas ingin memperbaik keadaan sekolah daif walau berdepan pelbagai cabaran.
Sahlizah Mohamed
Fri Sep 06 2019
Produksi filem Ratchaasi menzahirkan penghargaan terhadap Dr Maszlee di atas sokongan yang diberikan.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Maszlee terima penghargaan daripada produksi filem 'Raatchasi'
Dr. Maszlee Malik menerima surat penghargaan daripada sebuah produksi filem di India yang menghasilkan sebuah filem bertajuk Raatchasi