Mayat bayi mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan dijumpai terapung

Mayat bayi mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan dijumpai terapung
Mayat bayi yang ditemukan terapung di perairan Kuala Batu Dua. -Foto PPM
SANDAKAN: Mayat bayi dipercayai mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan ditemukan terapung di perairan Kuala Batu Dua berdekatan Kampung Mangkalinau, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mayat berkenaan dijumpai nelayan sebelum memaklumkannya kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata mayat berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, sebuah bot pam dinaiki 11 individu terbalik dan lima mangsa berpaut pada bot dilaporkan selamat.

Manakala, enam lagi dilaporkan hilang sebelum menemui lima mangsa meninggal dunia termasuk penemuan terbaharu bayi berkenaan.


Tag: mayat bayi, pulau nunuyan, Mohd Khairulanuar Abd Majid, bot terbalik, perairan Kuala Batu Dua, Kampung Mangkalinau, Pasukan Polis Marin, PPM Sandakan, bot pam


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.