Tutup

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Muda

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Muda
Dalam kejadian kira-kira jam 2:15 petang itu, penduduk kampung menyedari satu objek terapung di tengah sungai sebelum melaporkan penemuan terbabit kepada pihak polis. - Foto Astro AWANI
KULIM: Mayat seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui terapung di Sungai Muda, Kampung Tanjung Belit, Padang Serai, Kulim pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2:15 petang itu, penduduk kampung menyedari satu objek terapung di tengah sungai sebelum melaporkan penemuan terbabit kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supritenden Mohd Yusof Shaari, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi tersebut sebaik sahaja menerima maklumat berkenaan penemuan mayat itu.

Hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan jenayah yang wujud.
Tegas Yusof, mayat kemudiaannya dibawa ke Hospital Kulim bagi proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki terbabit adalah disebabkan lemas dan berdasarkan maklumat yang diterima ahli keluarga, mangsa yang bekerja sebagai penjaga lembu menghidap penyakit sawan.
Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.




Tag: mayat terapung, Sungai Muda, Kampung Tanjung Belit, Padang Serai, Kulim, Polis Daerah Kulim, Hospital Kulim



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.