Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemukan dalam ladang kelapa sawit dekat Juru Height, Bukit Mertajam pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemukan seorang pekerja ladang.

Pekerja itu kemudiannya menghubungi polis pada jam 12.30 tengah hari untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal di ladang terbabit mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mayat tanpa identiti itu namun pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah warga asing.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.