Mayat mangsa lemas di Sungai Muda ditemui

Mayat mangsa lemas di Sungai Muda ditemui
Mayat Firdaus Abu Talib ditemui kira-kira 350 meter dari tempat mangsa tenggelam oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang melakukan operasi mencari. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki berusia 34 tahun yang hilang ketika mandi bersama rakannya di Sungai Muda dekat Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah tengahari kelmarin ditemui pagi tadi.

Mayat Firdaus Abu Talib ditemui kira-kira 350 meter dari tempat mangsa tenggelam oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang melakukan operasi mencari.
Pegawai Operasi, Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba Tikam Batu, Mohd Shukri Hashim, berkata, operasi mencari mangsa disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi.

Katanya, operasi melibatkan 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menyusuri Sungai Muda kemudian menemui mayat mangsa terapung iaitu kira-kira 350 meter dari lokasi mangsa dilapor hilang.

Operasi melibatkan 15 anggota termasuk pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menyusuri Sungai Muda kemudian menemui mayat mangsa terapung. - Foto Astro AWANI

Mayat kemudian di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.

Dalam kejadian 12 tengahari kelmarin mangsa Firdaus Abu Talib turun kedalam Sungai Muda dan berenang ketengah sungai, namun mangsa tiba-tiba tengelam dan hilang di dalam sungai.

Tag: Hospital, Kedah, Sungai Petani, hilang, bomba, mayat, lemas, mangsa, Sungai Muda


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.