Mayat mangsa lemas di Sungai Tandop Cegar, Jalan Osman Arof dekat Jitra yang jatuh pada petang Khamis lalu ditemukan pagi tadi.

Menurut Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Tuan Zamani Tuan Ismail, mayat Sasitharan Kandaya, 22, ditemui kira-kira jam 7.10 pagi oleh anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (ppda) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra.

Jelas Tuan Zamani, mayat ditemukan di dasar sungai pada jarak 500 meter dari tempat mangsa lemas.

Mayat kemudiannya di hantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Dalam kejadian 4.30 petang Khamis lalu mangsa datang ke tempat itu bersama mangsa dan tiga lagi rakan lain.

Sebelum kejadian mangsa sedang bercakap telefon sambil berjalan ke tebing sungai.

Namun, secara tiba-tiba mangsa mencampakkan telefon bimbitnya lalu bertindak terjun ke dalam sungai.