Tutup

Mayat warga emas ditemui tertiarap dalam parit

Mayat warga emas ditemui tertiarap dalam parit
Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di dalam parit di belakang pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekitar jam 2 petang. - Foto JBPM
BIDOR: Mayat seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada 12 Mei lalu, ditemui di dalam parit di Jalan Gedong di sini, pada Isnin.

Mangsa, Liew Chong Meng, 76 tahun, dari Jalan Paku, di sini, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di dalam parit di belakang pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekitar jam 2 petang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam menjumpai basikal berwarna merah, dipercayai milik mangsa di dalam parit tersebut.

Menurutnya, angota polis bersama bomba dan orang ramai kemudiannya telah menjalankan gerakan mencari mangsa dan telah menjumpai mayat mangsa di dalam parit belakang pencawang TNB.
"Kita percaya mayat mangsa dihanyutkan air dan ketika mangsa ditemukan masih lengkap berbaju kemeja berpetak warna hitam dan putih serta lengkap berseluar," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati terdapat kesan luka di atas kepala seperti kesan terhantuk dengan luka panjang dianggarkan satu inci.

Mayat dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




Tag: lelaki warga emas, Liew Chong Meng, Jalan Paku, pencawang TNB, Tenaga Nasional Berhad, Hospital Tapah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.