Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim Kuala Kedah telah menemui mayat seorang lelaki warganegara Thailand di sini pagi tadi.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd, bot ronda Maritim Malaysia menemui mayat tersebut engkap berpakaian dan terdampar di muara perairan Kuala Kedah sekitar jam 8.47 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Chaloemkchai Khoikan, 24, dan berasal dari Surat Thani, Thailand.

Kuala Kedah, mayat

Mayat kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat selepas bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.