MBM sokong kejayaan RUU pinda had umur pengundi kepada 18

MBM sokong kejayaan RUU pinda had umur pengundi kepada 18
Jufitri berkata, SPR perlu membuat persempadanan semula bagi semua kawasan parlimen agar tidak berlaku kepadatan dan ketidakseimbangan antara bandar dan luar bandar, berikutan penghijrahan belia ke bandar meningkat. - Gambar fail/Facebook @Abim Pus
KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong kejayaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembangaan (Pindaaan) 2019 dalam meminda had umur pengundi kepada 18 tahun, dengan beberapa gesaan kepada pihak kerajaan.

Presiden MBM Jufitri Joha dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mendaftar seluruh kelompok umur termasuk yang tidak berdaftar sebelum ini, dalam sistem pendaftaran pengundi dan mengaplikasikan pembatalan automatik bagi yang telah meninggal dunia.

Selain itu, Jufitri berkata, SPR perlu membuat persempadanan semula bagi semua kawasan parlimen agar tidak berlaku kepadatan dan ketidakseimbangan antara bandar dan luar bandar, berikutan penghijrahan belia ke bandar meningkat.
"Pindaan ini menunjukkan parti-parti politik memberi ruang dan mempersiapkan lebih ramai calon muda pada pilihan raya akan datang, selaras dengan kempen global yang didokong oleh MBM iaitu #NotTooYoungToRun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Jufitri berkata dalam peranan mendidik anak muda dengan pendidikan sivil, demokrasi dan kewarganegaraan, MBM telah menubuhkan Sekolah Politik MBM, dan akan melancarkan semua Sekolah Politik MBM 2.0 dalam waktu terdekat.

"Bagi mempercepatkan proses kematangan untuk menentukan masa hadapan negara, MBM menyeru anak muda untuk merebut peluang keemasan ini, dengan mempersiapkan diri dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan demokrasi dan masa depan negara.

"MBM akan terus memainkan peranan mendidik anak muda khusus dalam aspek penyertaan belia dalam ruang demokrasi bagi membantu pihak kerajaan menjayakan agenda penting negara," katanya.

-- BERNAMA

Tag: Majlis Belia Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Parlimen, agenda, politik, pilihan raya, sekolah, kerajaan, pendidikan, belia, undang-undang, Jufitri Joha, Undi 18


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.