Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan penyertaan graduan untuk menceburi bidang keusahawanan.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia adalah selaras dengan sasaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030.
Menjelaskannya, antara inisiatif itu adalah melibatkan program rintis kerjasama antara MEDAC dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Technopreneurship Programs for Fresh Graduate.
"Program ini membangunkan kemahiran dan pengetahuan graduan mengenai teknologi 4.0 dan seterusnya berpotensi memberi peluang pekerjaan, selain menceburi bidang keusahawanan teknologi," katanya pada sesi jawab lisan di Parlimen di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang meminta kerajaan menyatakan pelan tindakan dalam menyediakan ruang dan peluang khusus kepada graduan universiti supaya dapat menyertai bidang keusahawanan.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, sehingga 9 Jun lalu, seramai 324 graduan memberi respon untuk mengikuti program itu.
Antara lain katanya, kerajaan turut melaksanakan Agri Coaching and Industry Development (ACID) yang menawarkan peluang latihan keusahawanan melalui pertanian terutama bagi graduan dari golongan berpendapatan rendah, B40.
Katanya, tempoh pelaksanaan program itu adalah selama setahun membabitkan penyertaan seramai 140 peserta.
Dalam pada itu, katanya, kementeriannya juga melaksanakan program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp (N-GENE) yang bertujuan meningkatkan potensi kebolehpasaran dan membangunkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan belia secara dalam talian dan bimbingan perniagaan selama sembilan bulan yang dijangka bermula bulan depan.
"Kita menyasarkan penyertaan seramai 2,000 graduan, belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan Institusi Kemahiran Awam (IKA)," katanya.
Beliau berkata, MEDAC juga sedang merancang melaksanakan kerjasama strategik dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mewujudkan lebih banyak peluang dan inisiatif keusahawanan kepada graduan universiti.
"Pelaksanaan inisiatif merentas kementerian itu dijangka akan memberikan lebih banyak manfaat kepada graduan dan bakal graduan melalui pelaksanaan program berimpak tinggi dan bersasar.
"Program ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 graduan pada tahun ini hingga tahun depan bagi peluang menceburi perniagaan dan kebolehpasaran graduan," katanya lagi.
Astro Awani
Tue Jul 14 2020
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia adalah selaras dengan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030. - Gambar fail/Astro AWANI
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
IPT perlu kaji keperluan wujud jabatan, program baharu - Zambry
Jelas Zambry, teknologi berkembang semakin pesat pasca pandemik, menyebabkan sektor pendidikan juga perlu bergerak pantas.
COVID-19 : IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM - Zambry
Pihak pengurusan institusi pengajian tinggi diminta merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan KKM bagi langkah pencegahan COVID-19.
[KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban?
SEBAGAI seorang mahasiswa, kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa kehidupan di universiti adalah berpaksikan kepada suatu undang-undang yang disebutkan sebagai AUKU 1971.
KPM rancang lantik guru kontrak - Pkharuddin
Perkara itu sememangnya menjadi antara perhatian KPM selain menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini.
Universiti Teknologi PETRONAS terus cemerlang di peringkat global
UTP mendapat pengiktirafan global dan dinobat sebagai universiti terbaik di Malaysia dan institusi swasta terbaik ASEAN.
Gaji minimum intervensi dasar penting tingkat keberhasilan gaji - Tinjauan Ekonomi 2024
Intervensi dasar seperti dalam penetapan gaji minimum diperlukan dan penting dalam pasaran buruh antaranya untuk meningkatkan keberhasilan gaji.
'Mentaliti mesti terima ijazah untuk maju dalam kehidupan mesti diubah'
Mentaliti orang awam yang melihat pencapaian akademik sebagai jalan untuk maju dalam kehidupan perlu diubah memandangkan sebahagian besar pekerjaan yang wujud akan hilang pada masa akan datang.
Laluan Khas IPT: OKU hanya bersaing dalam kelompok sendiri
Syarat khas program pengajian itu adalah tertakluk kepada keputusan senat Universiti Awam termasuk bagi bidang undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.